Saturday, October 23, 2010

Kisah Faizal & Azwan Episod Akhir

Ya. Ku akhirkan kisah mereka di sini. Cukuplah sekadar ini sahaja perkongsian tentang mereka. Kisah Faizal & Azwan. Mereka sangat aktif, mencari titik sebab bergaduh dengan rakan sebelah, mencari alasan untuk keluar kelas dan lain-lain (tidak mahu mengulang cerita dulu, boleh baca di entri yang lama ya). Baru selesai menyemak kertas jawapan bagi Peperiksaan Akhir Tahun mereka petang tadi. Subhanallah~ Siapa boleh percaya, Azwan mendapat 88% bagi subjek Sains manakala Faizal mendapat 66%. Ya, Azwan & Faizal masing-masing dapat A dan B. Lulus keduanya. Subhanallah~ Walaupun di dalam kelas asyik berjalan ke sana ke mari seperti tidak menumpukan perhatian, hasilnya sangat membanggakan. Kanak-kanak lain ada yang tidak lulus. Hmmmm~ jangan melihat pada luaran. Kuasa minda & keupayaan akal impaknya sangat besar. Jangan salah menduga! Mereka ada potensi yang besar untuk berjaya. Perlu kena dengan gaya & keadaan.
Ya Allah, ku tidak akan sentiasa bersama mereka. Namun, untuk masa yang singkat bersama mereka cukup mengajarku supaya jangan sekali salah menduga. Ku mohon Ya Rabb, Kau limpahkan rahmatMU buat Faizal & Azwan, moga mereka sentiasa diiringi kejayaan walaupun latar belakang mereka tidak banyak membantu. Bukakanlah jalan kepada mereka untuk sentiasa dalam hidayahMU Ya Rabb, ameen~
p/s: Faizal menggalas beg biru di dalam gambar di atas. Comel. Maaf, tiada gambar Azwan untuk dititipkan di sini =(

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers