Hari ini hati Azwan pula bakal ditawan.10 minit permulaan semua memberi tumpuan. Minit seterusnya semuanya sudah 'ke laut'. Sabar je la...Senyum terukir.
Inshaa allah, ku mohon bukakan hatinya Ya Rabb.
"Sapa kata jadi cikgu ni senang?"Lembaran kerja (worksheet) diedarkan kepada semua. Mereka teruja dengan gambar yang terlukis di lembaran itu.
"Semua dah dapat ke belum? Yang belum dapat ambil kat cikgu ni..."Tiba-tiba Faizal mendekati.
"Cikgu, tolong saya...macamana nak buat ni cikgu..saya tak faham..."Subhanallah. Jika sebelum-sebelum ini, ayat yang keluar dari mulut Faizal: "Cikgu, tak payah buat boleh tak? Saya penat la cikgu". Kini telah berubah. Faizal orang pertama datang bertanya. Ya Allah, sungguh. Aku bergantung sepenuhnya kepadaMU dalam segala hal.
"Ok..ok..macam ni...kamu bulatkan gambar yang buat aktiviti tolak dan tarik. Faizal pandai bulatkan tak?"
"OOo..bulatkan ja...macam ni kan cikgu?"
"Ha...betul..macam tu la.."
Azwan memandang di sisi. Mungkin faham tanpa bertanya. Beberapa minit kemudian, dia datang...
"Cikgu, macam ni kan?"Cuti 2 minggu. Moga kamu berdua baik-baik ye. Jangan main mercun. Ya Allah, peliharalah mereka & jauhkan mereka daripada bahaya dan bencana. Bersambung...
"Betul...macam tu la...Kelas, cepat jawab. Tengok, Azwan dah siap pun ni" Sengaja memuji.
"Mana buku tulis? Tampal dalam buku ye..."
"Ala...cikgu, buku saya takdak...saya takdak duit nak beli". Faham benar. Alasan biasa darinya. Dah di akhir tahun tiada buku? Tiada buku boleh menyebabkan guru menjadi marah. Sabar.
"La...mana pi pula buku kamu?" Otak ligat mencari idea bagi mengelakkan dia mengganggu kawan lain siapkan kerja. Tersengih Azwan.
"Ok, mai sini dekat cikgu. Kamu duduk sebelah ni tolong cikgu semak kerja kawan ni...jawapan ni betul tak?" Azwan bijak, petah berkata dan lancar membaca. Tidak seperti beberapa sahabat lain yang tidak pandai lagi membaca dengan lancar. Azwan makin akrab denganku.
"Baju raya Azwan warna apa?"
"Hmmm...warna kuning"
"Faizal, baju raya warna apa?"
"Baju saya warna biru cikgu, biru tua" Tersenyum memberi jawapan.
"Dapat duit raya tak?"
"Faizal dapat banyak cikgu!" kata Azwan.
"Ha...dapat duit raya, tak mahu beli mercun ye..." Sambil tangan mengusap kepala keduanya.
"Ok cikgu..."
.::Teruskan tadhiyyah dalam proses tarbiyyah::.
No comments:
Post a Comment