Thursday, October 27, 2011

Hanya musabab mungkin...

Sampai suatu tahap, apabila taklifan (tangjawab, amanah) yang diberikan tidak mampu untuk digalas. Lemah. Itu memang fitrah hamba. Manusia memang dijadikan lemah supaya memohon pertolongan dari tuhannya, Allah. Kecemasan. Hal yang tiba-tiba berlaku menggugat keyakinan memegang taklifan. Allahu akbar! Moga tok wan cepat sembuh. Mungkin itu hanya sebagai musabab. Allah tahu segala.

Berat taklifan itu. Manusia tidak boleh lari dari sebarang taklifan kerana memang kita layak untuk itu. Tetapi, kekuatan makin menyusut, lemah kian menjerut. Sahabat? Tak, mereka juga ada taklifan yang mungkin turut meletihkan. Mereka tidak selalunya bersama untuk bertindak selaku pendengar. Kamu tiada siapa-siapa. Hanya ada Allah di sisi untuk mengadu segalanya. Ya, hanya Dia. Beginilah rasanya bila di akhirat kelak. Tiada siapa kecuali Allah buatmu.

Buat mama & abah, selamat menunaikan haji. Alhamdulillah, dengan izin Allah kalian menjadi tetamu Allah tahun ini. Moga selamat pergi dan pulang. Jelajahlah bumi Allah, kerana barakahnya sangat hebat buat kalian di situ. Hmm~ please look after my parents ya Rabb, really missed them so much~
Iman: Hey hati, kamu jangan letih ya! Kamu kan kuat! Mujahidah Allah seperti kamu pasti Allah pimpin dengan bantuan-bantuan di sekeliling. Makanya, kamu jangan lemah. Ingat, contohi Saidatina Fatimah puteri Rasulullah yang seringkali diuji.
Hati: Subhanallah wa InshaAllah~
p/s 1: But, as human, really need a shoulder right now!

Monday, October 17, 2011

Dua sahabat karib

Hati: Teruk sangatkah aku?
Iman: Tak...jangan fikir begitu
Hati: Kenapa jadi begitu?
Iman: Allah mahu menguji kamu
Hati: Tapi...
Iman: Sabar ya...memang kamu dah lakukan segala yang kamu mampu...cuma...
Hati: Cuma?
Iman: Cuma belum cukup! Kamu perlu tingkatkan lagi amalan kamu
Hati: Aku dah letih
Iman: Jangan! Tak baik begitu. Kamu perlu kuat. Ingat, kamu pernah lebih letih dengan ujian lain sebelum ini. 'Imune' dengan ujian wahai pejuang Islam, jangan lemah ya!
Hati: Hmmm....
Iman: Jangan macam tu... Allah & rasul tidak suka hambanya putus asa. Kamu sangat kuat & kamu pasti kuat!
Hati: Kamu tolong saya untuk kuat ya, wahai Iman!
Iman: InshaAllah, pasti! Saya sentiasa ada buat kamu kerana Allah sayangkan 'tuan' kita. Bila kedua kita kuat, 'tuan' kita akan hebat untuk terus cemerlang menggapai redha Allah. Makanya, kamu harus kuat ya Hati! Jangan mengalah. Tambahkan lagi usaha.
Hati: Baik. Rupanya belum cukup usaha yang sebelum ini.
Kedua-duanya tersenyum. Lega.

Saturday, October 15, 2011

Solehahkan diri

syukran atas perkongsian, Cikgu Rahayu. Allah balas inshaAllah =)
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers