Salam rindu..
6 years ago
Islam is religion of peace...all praises are due to Allah, the all mighty, the Rabb of the worlds
Hm....kenapa dia tak duduk atas kerusi sebelah dia berdiri tu? kan kosong je kerusi tu...owhhh...dia ketua XXX rupanya! Eh, kalau dia ketua XXX, takkan kerusi plastik pun tak boleh duduk? Tak layak mungkin...Apabila memegang pangkat atau jawatan, seringkali riak menyelimuti segala. Fitrah insan memang begitu. Namun, abah pernah berkongsi denganku kira-kira sebulan yang lalu.
Bukannya susah nak hilangkan perasaan riak atau takbur dalam diri kita sebenarnya... Tetapkan dalam diri bahawa apa yang kita ada tu sebenarnya Allah yang bagi! Kalau Allah tak bagi, kita tak ada pun apa yang kita nak riakkan tu...Betapa halusnya peribadi Khalifah Umar bin Khatab. Pemimpin yang bertanggungjawab dan sanggup berjalan malam dalam usaha menjalankan amanah yang diberi tanpa mengharapkan dia dikenali.
“Apabila bayi-bayi perempuan ditanam hidup-hidup ditanya, kerana dosa apakah mereka dibunuh?” [at-Takwir: 9]
Lelaki dan wanita berbeza sifatnyaWanita...menyusahkan? Merunsingkan? Bukan hanya tentang perkahwinan atau nafsu semata tetapi lebih luas topik bicaranya. Kehidupan. We are unique individuals with unique experiences. Kita lupa akan ketidaksamaan antara lelaki dan wanita yang menyempurnakan sebuah kehidupan. Ciptalah kefahaman di antara keduanya dengan saling memahami. Terimalah kelemahan dan kekurangan yang ada. Memetik bait kata John Gray dalam bukunya:
Jika sama, tiada indahnya
Kerana...
Allah ciptakan sesuatu tentu ada nilainya
'Men mistakenly expect women to think, communicate and respond the way men do; women mistakenly expect men to feel, communicate and respond the way women do'
Rujukan:
Islam Sentiasa Releven Membela Wanita oleh Nik Thaqif Nik Ibrahim
Men are from Mars, Women are from Venus oleh John Gray
|
Copyright 2009 - الإسلام دين السلام - Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Based on WP theme by Design Disease