Tuesday, January 13, 2009

JIHAD...perang?

“Apa yang sudah aku lakukan untuk bantu warga palestin yang sedang berjuang di sana?”

Seorang yang bergelar manusia dengan sifat yang prihatin terhadap kesengsaraan saudara seagama di Palestin yakin dengan kata hatinya menyahut cabaran untuk berjihad di bumi sana.

Dengan segala persiapan yang lengkap, turut diajak bersama rakan-rakan, sanak-saudara yang ingin sama berjihad di jalan Allah memperjuangkan Islam.

Sesampainya di bumi Palestin, mereka berjumpa dengan ketua di sana.

“Wahai sahabat, kenapa kamu datang ke sini?” tanya si ketua.

“Sebenarnya, kami mahu berjihad bersama-sama kamu menentang para yahudi yang memusuhi Islam. Kami ingin membantu kamu semua yang cedera...membantu anak dan kaum wanita yang cedera...” Itulah tujuan utama mereka ke sana.

Namun, jawab si ketua...

“Pulanglah wahai sahabat, bawalah sahabat-sahabat kamu yang lain pulang ke negaramu...Kami menghargai niat baikmu...Namun, percayalah...kami di sini sudah pasti akan mati di jalan Allah...jihad fi sabilillah...usah risau akan kami...Kami akan berjuang bermati-matian...Kami yakin dengan Allah...Itulah syahid... Dan kamu, pulanglah...didiklah anak-anakmu...anak bangsamu menjadi hamba Allah yang sempurna...ajarlah mereka...didiklah mereka...janganlah biarkan mereka hanyut dengan budaya barat sehingga akhirnya menjadi musuh kepada Islam sendiri. Sesungguhnya kamu juga dalam landasan JIHAD yang sama bersama kami.”

Terima kasih kepada Khalifah Institute di atas program Khalifah Youth Training 10-11 Januari yang lepas (www.islamic-world.net)

3 comments:

andalusia said...

emmmm..naik semangat ana..

nur_adDin said...

teruskan bersemangat...& seharusnya kita lebih bersemangat ^^

mcmna nak bersemangat?? percaya bhw Allah sentiasa bersama....

ibnu fauzi said...

"Kamu datang tidak lain membawa 2 hadiah yang paling berharga untuk kami, kemenangan Islam atau mati syahid dalam perjuangan"
kata2 pejuang Islam dizaman dahulu..

Post a Comment