Bab terakhir masih berbaki. Hebat pengisiannya. Walaupun sejak azali tidak berapa meminati sejarah tetapi apa yang berkaitan perjuangan Islam pasti memberikan sesuatu yang hebat. Sangat hebat. Hanya 2 hari untuk kenali siapa dia Muhammad Al-Fateh. Subhanallah...pahlawan Islam bukan sembarangan. Mereka dilindungi Allah sepenuhnya. Moga ia menjadi didikan awal buat Mukmin di alam rahim, In Shaa Allah. Mukmin bergerak-gerak setiap kali muka surat diselak. Daripada Sultan Muhammad Al-Fateh di usia kanak-kanak hinggalah berjaya menawan kota mahsyur Konstatinopel (Istanbul).
Siri pahlawan Islam yang bakal dimiliki! Hmmm...sempat tak nak habiskan bacaan sebelum Mukmin lahir eh??!! :D
Ooohh rupanya kehamilan boleh menyebabkan si ibu terdedah kepada risiko kecederaan atau kemalangan lebih tinggi! Hmmm....badan tidak stabil ketika berdiri dan bergerak Hati-hati wahai ibu hamil In shaa Allah Tawakkal tu 'ala Allah
Moga Allah memelihara kesihatan dan keselamatan ibu-ibu yang hamil di muka bumi dalam melahirkan generasi Islam, bakal pejuang Islam!
Manusia perlu berubah Perubahan itu penting Berubah supaya menjadi lebih baik Perubahan fasa kehidupan menjadikan seseorang lebih matang Bukan mudah! Tetapi amanah! Mohon pimpinan dariNYA~ p/s: sendiri --> berdua --> bertiga (in shaa allah)
Hebat nasihat seorang Ustaz dalam sebuah ceramah di tv.
Allah menghantar malaikatnya bagi mendoakan ibu yang sedang hamil. Malaikat tersebut tidak akan berhenti-henti memohon keampunan bagi menghapuskan segala dosa si ibu dari Allah s.w.t. Sebab itulah...bila si ibu lahirkan bayi, mereka akan bersih dari sebarang dosa!
Subhanallah... Nasihat itu memberi kekuatan untuk terus berjuang dalam situasi trisemester pertama! Mencabar! Pengalaman pertama. In shaa Allah, Allah ada. p/s: sabar ya...
full time as a Khalifah of ALLAH ^^
usahlah melihat pada siapa yang memberi...
tetapi lihatlah pada apa yang hendak diberi
agar semua berpeluang untuk berkongsi dan memiliki...
Jika dilihat pada si pemberi, betapa kerdil diri...
tiada layak rasanya...kerana segala milikNya...