Tuesday, January 13, 2009

JIHAD...perang?

“Apa yang sudah aku lakukan untuk bantu warga palestin yang sedang berjuang di sana?”

Seorang yang bergelar manusia dengan sifat yang prihatin terhadap kesengsaraan saudara seagama di Palestin yakin dengan kata hatinya menyahut cabaran untuk berjihad di bumi sana.

Dengan segala persiapan yang lengkap, turut diajak bersama rakan-rakan, sanak-saudara yang ingin sama berjihad di jalan Allah memperjuangkan Islam.

Sesampainya di bumi Palestin, mereka berjumpa dengan ketua di sana.

“Wahai sahabat, kenapa kamu datang ke sini?” tanya si ketua.

“Sebenarnya, kami mahu berjihad bersama-sama kamu menentang para yahudi yang memusuhi Islam. Kami ingin membantu kamu semua yang cedera...membantu anak dan kaum wanita yang cedera...” Itulah tujuan utama mereka ke sana.

Namun, jawab si ketua...

“Pulanglah wahai sahabat, bawalah sahabat-sahabat kamu yang lain pulang ke negaramu...Kami menghargai niat baikmu...Namun, percayalah...kami di sini sudah pasti akan mati di jalan Allah...jihad fi sabilillah...usah risau akan kami...Kami akan berjuang bermati-matian...Kami yakin dengan Allah...Itulah syahid... Dan kamu, pulanglah...didiklah anak-anakmu...anak bangsamu menjadi hamba Allah yang sempurna...ajarlah mereka...didiklah mereka...janganlah biarkan mereka hanyut dengan budaya barat sehingga akhirnya menjadi musuh kepada Islam sendiri. Sesungguhnya kamu juga dalam landasan JIHAD yang sama bersama kami.”

Terima kasih kepada Khalifah Institute di atas program Khalifah Youth Training 10-11 Januari yang lepas (www.islamic-world.net)

Wednesday, January 7, 2009

Batu vs Meriam


Peristiwa serangan ini adalah ulangan tindakan Israel sejak puluhan tahun lalu dan hingga kini, iaitu sejak zaman Presiden Richard Nixon, malah sebelum itu lagi, hingga zaman Barack Obama yang sesetengah orang diharapkan ada perubahan.

Kini serangan itu berterusan, ratusan rakyat Gaza terbunuh setiap hari, mayat bergelimpangan, bangunan runtuh, hospital musnah, tidak ada jalan keluar bagi rakyat Gaza untuk mendapatkan makanan.

Mesir juga menutup sempadannya untuk tidak membenarkan pelarian Palestin tumpah lagi ke negara itu. Syria, Libya, Jordan dan negara Arab lain tidak lagi mampu menerima pelarian yang berjumlah berjuta-juta banyaknya.

Ini adalah episod yang sangat mememilukan, sebuah tragedi kemanusiaan yang tidak ada tandingannya, bahkan tragedi kemanusiaan ini melebihi pembunuhan Nazi Jarman terhadap orang Yahudi di Eropah.

Tidak ada siapa yang ditakuti oleh rejim Tel Aviv sekarang, justeru kerana Amerika, di bawah presiden barupun tetap menyokong mereka. Malah Amerika terus menerus melindungi kepentingan Yahudi.

Maka jadilah rakyat Palestin di Gaza itu 'bahan ratahan' tentera Israel. Anak-anak muda Palestin meluru ke jalan-jalan raya melemparkan batu ke arah tentera dan kereta kebal Israel, lalu dari muncung kereta kebal Israel itu memuntahkan peluru meriam yang membunuh mereka dengan mudah.

Bayangkan bagaimana anak-anak muda Palestin yang hanya bersenjatakan batu di tangan boleh melawan tentera Israel dengan segala peralatannya. Namun itulah yang terjadi. Inilah pemandangan ngeri yang berterusan disaksikan oleh masyarakat antarabangsa seluruh dunia.

Sebahagian daripada artikel ' Bagaimana bermulanya Israel menguasai Palestin ' oleh Abdul Shukur Harun. Sumber: HarakahDaily.Net

Sunday, January 4, 2009

Ya Allah...Selamatkan Bumi Palestin



“Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Andai tiada keupayaan, maka lakukan dengan lisannya. Andai tiada juga keupayaan, maka lakukan ia dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman” “ Muttafaq ‘alayh

Renung sejenak...

لا تحزن

Wahai mujahidah islam
jangan bersedih
layakkah engkau berputus asa dgn Tuhanmu?
yang berlalu, biarlah berlalu

tanpa engkau sedari
Tuhan sedang berbicara denganmu
tanpa engkau sedari
Tuhan sentiasa melihatmu
Tuhan sentiasa bersamamu
mendengar segala rintihanmu

teruskanlah perjuanganmu wahai serikandi Islam

fikirlah wahai akal
segalanya tersirat
jangan sekali memandang hanya tersurat
kerana Tuhan tahu segalanya
kerana diri ini lemah tak bermaya

sudahlah..
biarkan masa yang berlalu pergi selamanya
pergilah..
aku tidak akan menangisi pemergianmu
dan tidak akan termenung mengingatimu

senyumlah wahai hati
tiada guna kau bersedih

Ya Allah, hindarkan aku dari segala kesedihan,
hilangkanlah kesengsaraan yang sedang bersarang,
dan jauhkanlah segala kegelisahan yang menyesakkan.

Salam Maal Hijrah 1430



Alhamdulillah...sesuai dengan maksud hijrah sendiri, ana telah diizinkan Allah berpindah ke blog baru ini. Moga, blog ini lebih selesa kepada ana sendiri juga sahabat-sahabiah sekalian ^^
Ilmu seluas lautan, tiada sempadan...sesungguhnya, hanya tadhiyyah yang diperlukan sebagai gantian...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers