Thursday, December 24, 2009

Nak aiskrim...

“Abah, kalau kita minta daripada Allah tapi kita tak dapat maknanya mungkin Allah belum nak bagi lagi kan, atau mungkin kita ada dosa yang kita buat tapi kita tak sedar, atau mungkin ada perancangan lain yang Allah nak bagi kan...tapi...
kalau kita minta sesuatu daripada Allah...dapat,minta...dapat,minta...dapat walaupun kita tau kita ada/banyak buat dosa padaNya secara terang atau tersembunyi...macam mana ye abah?” Persoalan yang bermain di fikiran terus ditanya pada abah. Kali ini dapur pula menjadi tempat berkongsi idea kami.

“Owhhh..senang je. Meh abah cerita”. Abah sibuk memasukkan sayur yang telah dipotong ke dalam kuali. Malam ini abah saja nak goreng mee untuk kami anak-beranak.
........................................
Ada seorang anak kecil nie...dia nak sangat makan aiskrim...nak sangat-sangat...
“ayah, adik nak aiskrim boleh?”
“tak payah la...nanti batuk”, jawab si ayah
“ala...boleh la ayah...sekali je”, rayu si anak kecil
“tak boleh nanti sakit susah, dua hari lepas kan dah makan”, tegas si ayah
“ala ayah, sekali ni je”
“tak boleh”
“nak juga aiskrim tu...boleh la ayah”, rengek si anak hampir menangis
“nah duitnya!” Akhirnya, si ayah menyeluk saku dan menghulurkan wang kepada si anak kecil.
.........................................
“Kakak faham tak cerita abah tadi?”
“Faham”. Tersentap ketika mendengar analogi mudah itu.
“Dalam cerita tu, apa yang jadi?”
Otak ligat berfikir mencari jawapan kepada soalan abah, “Ayah tu bagi duit secara terpaksa”
“Ha, betullah tu. Samalah situasinya dengan yang kakak tanya tadi. Allah bagi dalam keadaan yang tidak diredhaiNya..tapi Dia tetap bagi. Itu menunjukkan betapa Allah Maha Pemurah!” Mee siap di goreng bila sampai di akhir perbualan.