
Thursday, August 27, 2009
Tuesday, August 25, 2009
Tidak mengerti
walau dari jarak yang agak jauh, ku dapat lihat binaannya yg sungguh unik...
walau dalam suasana malam, ku dapat lihat strukturnya yang berbeza...
kubahnya...menaranya...
bergemerlapan dihujani cahaya malam...
gembira dengan tersergamnya ia...
semua penghuni sekitar bersyukur dengannya...aku apatah lagi...
namun,
segalanya semakin kabur...
akhirnya hilang...
apa sebenarnya yang tersurat dan yang tersirat?
tidak mengerti hingga ke saat ini.
Monday, August 24, 2009
Ana bukan siapa siapa
Hanya kutitipkan doa buat keluarga dan semua sahabat moga kedatangan Ramadhan kali ini memberi sejuta kebahagiaan.
Ramadhan yang dirindui telah tiba. Jom raikan ia!
Saturday, August 15, 2009
Ahlan Ya Ramadhan

peluang yang perlu direbut =)
1. Allah sediakan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Lailatul Qadr
2. diwajibkan kita berpuasa. Puasa adalah kekuatan kepada kita. Rasulullah SAW bersabda :
(H.R An Nasai)
5. perjuangan yang memerlukan kesabaran. Hanya yang sabar mampu menghadapi cabaran dan berjaya mencapai cita-cita yang besar
6. kasih sayang , perpaduan dan persaudaraan adalah syarat untuk mencapai kejayaan
Friday, August 7, 2009
Bila balik kampung =)
Biasa la...bila orang bandar balik kampung...tambah pula musim ikan banyak dalam parit, aktiviti paling best adalah memancing (dalam bahasa utara, mengail). Ikan yang banyak dapat, ikan puyu!
Semua excited bila dapat ikan, tengok-tengok dah penuh satu timba he...he...yang penatnya mama la sebab nak kena siang dan masak.Sunday, August 2, 2009
Sanah Helwah ya Asrari =)
Ampunkan aku jika terkasar dalam kataku
maafkan aku jika tersasar dalam tingkahku
ampunkan aku jika terlampau dalam perbuatanku
maafkan aku jika tidak sedar akan khilafku.
Thursday, July 30, 2009
Field Trip to Gunung Lang, Ipoh
24-26 Julai 09
the best experinces =)
24 Julai 09 (Jumaat)
2.45 pm
- berkumpul di hadapan auditorium (semua pelajar Biologi sem 7)
- 3 destinasi berbeza untuk 3 kumpulan (Gunung Lang, Sungkai dan Kuala Selangor)
3.30 pm
- bertolak ke destinasi masing-masing
5.00 pm
- solat asar di R&R
5.30 pm
- tiba di Gunung Lang, berkumpul dan bergerak ke jeti
- tiket bot RM3, tapak perkhemahan RM6, makan RM35
(semua kata mahal termasuk Dr Husni,Ecology's Lecturer)
6.00 pm
- Tiba di tapak perkhemahan
- kami ditemani oleh Dr Fatimah yg sporting, En Zahid, lab assistant (en Faizi dan Pn Irawati), seorang komando (En Nizam)
- dirikan khemah
8.00 pm
- makan malam, tiada pengisian berat hanya taklimat keselamatan oleh En Nizam, semua kumpulan kecil berbincang berkaitan task masing-masing
- setiap kumpulan perlu siapkan 2 task
- untuk kump 4, water quality dan herbarium (wild species)
9.30 pm - tidur
25 Julai 09 (Sabtu)
8.00 am
- sarapan (kuih karipap, donat, cucur badak)
8.30 am
- semua kumpulan bersiap sedia untuk siapkan task masing-masing.
- task kump 4 overlap dgn kump lain (salah faham dengan arahan daripada Dr Fatimah)
9.15 am
- balik semula ke tapak perkhemahan untuk siapkan Water quality
- ambil sampel air di setiap kolam yg ada
2.30 pm
- jungle tracking
- taklimat oleh Uncle Den (suami Dr Hasimah, KJ)
- naik gunung dan masuk gua
4.30 pm
- selesai jungle tracking
- Dr Fatimah beri cadangan naik ke puncak untuk siasat pokok cycad yang boleh diperhati dari bawah..
- sepatutnya cycad boleh tumbuh di kawasan lembap je, so Dr nk pastikan betul ke itu cycad
- En Zahid turut serta
- sahabat-sahabat lain semua kembali ke tapak perkhemahan, yang tinggal hanya kak zi, yus, chuah, izati, hazim, alawi, jimmy, en faizi, asyraf (RA Dr Husni) dan anak Dr Fatimah, Zulkarnain
- En Nizam mengetuai aktiviti spontan ini
- kawasan itu sgt curam, agak sukar untuk kaum banat nak naik ke atas.
- semua berdegil, akhirnya semua sampai ke atas kecuali Dr Fatimah dan Izzati...mungkin keletihan
- memang dapat lihat pokok cycad walau agak jauh.
6.30 pm
- tiba di tapak perkhemahan
8.00 pm
- makan malam, topik utama perbualan makanan mahal tapi tidak cukup untuk semua, briefing aktiviti esok oleh ketua (reza) dan Dr Fatimah
8.30 pm
- mandi, bersihkan diri dan solat
9.30 pm
- berbual berkaitan PBA sampai lewat malam, sahabat lain berbual sambil menyanyi, hilangkan keletihan, kenangan sem akhir
12.15 am - tidur
26 Julai (hari terakhir)
8.30 am
- sarapan (bihun goreng), hujan turun agak lebat, sarapan bersama Dr Fatimah =)
- En Zahid tiba di tapak perkhemahan (berulang alik dari rumah)
- berbual dengan Dr Fatimah dan En Zahid sampai hujan berhenti, macam-macam cerita yang dikongsi
- bermula dengan macam mana nak kenal pasti spesis pokok (akademik) hinggalah kepada kenangan lalu di UKM
- En Zahid junior Dr Fatimah, seronok dengar mereka mengimbau kenangan lama, campus of life
- salah satu cerita, ada 2 orang student UKM (India) nak bunuh diri akibat tension dengan pelajaran
- couple tu nak terjun di kolam dlm UKM, kedua dah bersedia.
- Si lelaki menyorok daripada si wanita
- Si wanita tu terjun selepas menoleh ke kiri dan kanan bila si lelaki dah tiada di sisi
- sebenarnya, tempat yang si wanita terjun tu cetek je...Dr Fatimah kata semua student keluar dari kolej, sambil ketawa
- tak jadi bunuh diri he...he...
11.30am
- hujan dah reda, matahari dah keluar...suasana lembap bertukar panas
- track untuk panjat gunung tak lah licin
- hanya yang berminat menyertai aktiviti ini, tiada paksaan, lebih kurang 25 org shj, yang lain mungkin tidak suka dengan aktiviti lasak
- semua berkumpul, menaiki bot untuk ke gunung yang lain, bertentangan gunung kemarin
- melihat spesis pokok di gunung yang berbeza
- sesuatu yang menarik di situ, terdapat gua bilik, apabila masuk ke dalamnya, hanya muat untuk seorang, terpaksa merangkak
- tetapi kami masuk, sampai 4 orang, berhimpit untuk lihat kekuasaan allah
- dinding gua sangat unik, stalaktik, stalakmig, air bukit subhanallah...tidak dapat dihuraikan dgn kata
- Dr Fatimah tidak dapat masuk kerana perlu merangkak dan luasnya agak terhad
1.30 pm
- Dr nak naik ke atas puncak untuk lihat spesis di sana
- shbt lelaki dah siap sedia di sisi gunung utk membantu shbt wanita, En Nizam, Hazim, Jimmy.
- Liza , naik dahulu diikuti Dr Fatimah dan Hajar
- Yang lain tidak dibenarkan naik sbb space limited
- agak kecewa
2.00 pm
- akibat ingin mengetahui apa yang ada di puncak, kami 3 sahabat mencari jalan yg lain...degil betul he..he..
- berjaya ke kumpulan Dr Fatimah walau ada bahaya...alhamdulillah
- sahabat2 yang lain ikut track yg kami guna...semua nak ke puncak.
- alhamdulillah, dapat lihat spesis cycad, byk juga tumbuh di situ...kalau dijual mahal harganya hampir mencecah ribuan ringgit
- kami bertiga agak lasak kerana dah biasa dgn aktiviti ini, shbt lain mcm terkejut juga...muslimah pun boleh!
3.30 pm
- kami naik bot yang kedua ke tapak perkhemahan semula, yg tinggal hanya 7 wanita termasuk Dr Fatimah, 4 lelaki
3.35 pm
- tiba di tapak perkhemahan, makan tengah hari, bersihkan diri, solat, kemas khemah
4.30 pm
- Dr Fatimah balik dgn staf UPSI naik pajero
- 2 bas menunggu utk kembali ke UPSI
p/s: sahabat-sahabat, kenangan yang wujud takkan dilupakan...the best memories with you!!
nanti kita gathering semula di Gunung Lang.
Wednesday, July 29, 2009
man ana?
Sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata kerana diriku berubah mengikut masa dan keadaan.
Kekadang menjadi lebih baik...
dan kekadang menjadi teruk dari sepatutnya...
hanya Allah yang tahu siapa diriku.
Begitulah manusia...
perlukan pimpinan,
bimbingan,
sokongan,
peringatan,
serta pesanan.
astaghfirullahal'azim...
correct me if i'm wrong, syukran =)
Tuesday, February 24, 2009
Semester 6; erti persahabatan sangat bermakna
Sekian lama tidak meng'update' blog ini...Alhamdulillah (praise be to Allah) diberi kesempatan oleh Allah untuk berkongsi sesuatu. Semester kali ini sangat mencabar tahap keupayaan diri. Assignment yang bertimbun-timbun. Disenaraikan satu persatu, tapi belum sempat siapkan senarai yang teratas, ditambah lagi dengan assignment yang baru. Topup...topup...& topup!
Ya Allah...berikanlah kami kekuatan untuk teruskan perjuangan ini.
Semester 6; erti persahabatan sangat bermakna.
Semester kali ini dirasakan sangat bermakna. Terima kasih kepada semua...kak Dina, Yus, kak Zi, Yaya, Zati, Mariam, Shima, Fana, Jaa, Anum, Semi, Liza, Nadhila, Ema, Macha, Alawi, Haidar, Reza...(sapa lagi ye x disebut ...asif...) saling bekerjasama, membantu dalam segala hal. Kelas microteaching kita sangat membantu menaikkan semangat ^^
Syukran jiddan atas segalanya.
Syukran jiddan atas ilmu yang dikongsi bersama.
Syukran jiddan atas pengalaman yang amat berharga.
“Tak rugi kalau kita jatuh...Terluka lutut masa mula bertatih...Itulah proses yang sangat bermakna...Teruskan bersemangat wahai sahabat...Teruskan perjuangan wahai bakal guru...Teruskan langkahmu wahai mujahid mujahidah Islam!!!”
Sunday, February 22, 2009
Sometimes, I do wonder... Am I Mr. Bee or Mr. Mosquito?
The word should be changed to “livingline” to suit us better! Why? Because the so-called “deadline” always tends to move to a new date, that it is not actually dead!
So, again, why are we always so busy when some of the people around us seem to have all the time in the world on their hands?
Mary O’Connor gave a hint:
It’s not so much how busy you are, but why you are busy.
The bee is praised. The mosquito is swatted.


Subhan Allah. It is really interesting, right?
If not, we wouldn’t ever hear the phrase “as busy as a bee,” would we?
We know that both Mr. Bee and Mr. Mosquito have their hands full. Both have their own reason being created. They are both always busy, too.
Sometimes, I do wonder. Am I Mr. Bee or Mr. Mosquito?
Consider the famous verse on time. Allah says in Qoran (Al-‘Asr 103:1-3)
Surely, most men are in lost. Astaghfirullah. Allah knows the tendency for us to waste or precious time. And He said, surely. Definitely, most of us are in loss.
So, what are we going to do now?
Of course, Allah, being the Most Merciful, shown us exactly what to do in the same verse. Alhamdulillah. Everything is prescribe for us. No guessing game here.
written by Zabrina A. Bakar, Life is an Open Secret




