Salam rindu..
7 years ago
Islam is religion of peace...all praises are due to Allah, the all mighty, the Rabb of the worlds
Moga Allah memelihara kesihatan dan keselamatan ibu-ibu yang hamil di muka bumi dalam melahirkan generasi Islam, bakal pejuang Islam!
Allah menghantar malaikatnya bagi mendoakan ibu yang sedang hamil. Malaikat tersebut tidak akan berhenti-henti memohon keampunan bagi menghapuskan segala dosa si ibu dari Allah s.w.t. Sebab itulah...bila si ibu lahirkan bayi, mereka akan bersih dari sebarang dosa!
30hb Disember 2012, 01hb November 2012, 03hb November 2012
"Ya Allah, aku sibuk mengejar dan mencari ilmuMu yang sangat luas bertahun-tahun. Ku mohon padaMu, panjangkanlah umur mama dan abah supaya diri ini punya peluang untuk berbakti kepada mereka selepas selesai ijazah ini. Kurniakanlah kepadaku kejayaan dan kerjaya supaya mereka tersenyum. Berikanlah apa saja yang terbaik buatku kerana Engkau Maha Mengetahui. Mohon redhaMu Ya Rabb"
"Kerana mama dan abah bukan milik kakak selamanya...mama dan abah kepunyaan Allah! Suatu hari nanti Allah pasti ambil kembali hak milikNya. Bila sampai masa itu, inshaAllah...kakak akan relakan sebab segala-galanya Allah yang punya. Allah hanya pinjamkan buat kita saling menyayangi kan"
Seorang hamba tidak derhaka pada TuhannyaSeorang ayah tidak culas mendidik diri dan keluarganyaSeorang ibu tidak membuang anaknyaSeorang anak tidak menengking ibunyaSeorang anak tidak menghalau ayahnyaSeorang suami tidak curang pada isterinyaSeorang isteri tidak mengenepikan suaminyaSeorang pekerja tidak letih menjalankan tugasnya
Pelajar: Yang itu anak katak hempedu ya teacher? (kebetulan bab sistem pencernaan baru selesai sebelumnya)
Cikgu: Aihhh...itu bukan hempedu!! hempedu dalam sistem pencernaan, dalam badan kita (Pelajar lain semua dah mula ketawa berdekah-dekah...)
Cikgu: Itu berudu...tadpole my dear~ (sambil tersenyum...)
Apa kriteria yang kamu rasa perlu ada pada bakal tunang atau bakal suami?
Surah an-Nur ayat 26: Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."
Salam sayang adikku bakal pengantin solehah.
Ampun maaf, akak baru terbaca mesej adik ini.
Situasi adik
1. Adik telah redha agama dan akhlak si dia, bukan di paksa-paksa.
2. Adik telah mendapat restu dari keluarga kedua-dua pihak.
Berbahagialah adikku. Faktor-faktor ini mempunyai impak yang besar dalam perkahwinanmu nanti.
Berkenaan pandangan masyarakat, ianya penting tapi tidaklah sepenting pandangan Allah dan restu ibubapa kita.
Dahulukan yang lebih penting daripada apa yang penting.
Masyarakat bercakap sekejap sahaja, lepas tu dia lupa. Bahkan, jika adik menunjukkan contoh cemerlang ketika belajar, ramai insan yang mempunyai sitausi sama dengan adik akan membuka mata, mempunyai contoh untuk dirujuk.
Berkenaan cinta jarak jauh...
take it positive. Ini zaman IT. Cinta boleh bersemarak di alam maya,, SMS, CALL, E-MAIL dsb.
Bahkan rindu yang disubur-suburkan selepas nikah ini berbuah pahala yang tidak sudah-sudah. saling meneguhkan. saling memberi perhatian.
Bila bertemu, penuh 'kehangatan'. Nikmatilah cinta halalmu!
"Semakin kita meminta dari manusia suatu indikato kebergantungan lemah dengan Allah. Jangan cerita masaalah pada orang lain. Banyak merayu pada Allah bukan hamba Allah!"
"Pada zaman Rasulullah s.a.w, Baginda bersama para sahabat berperang ketika bulan Ramadhan. Malah mencapai kemenangan dalam perang tersebut! Letih berpuasa tidak boleh jadikan alasan untuk tidak membuat kerja harian atau kerja rumah"Sempat berkempen. Sengaja ingin meraikan kemeriahan Ramadhan.
"Sempena meraikan kedatangan bulan penuh barakah, Cikgu harap semua pelajar lelaki Muslim yang ada songkok boleh pakai ramai-ramai. Tahniah yang dah pakai hari ni...alhamdulillah. Yang lain pun boleh pakai, inshaAllah. Baru nampak hensem! Untuk pelajar perempuan Muslim pula tolong hormati bulan Ramadhan, jaga aurat dan tingkah laku"Mereka dahagakan kata-kata yang baik, kata-kata yang indah. Diam serta khusyuk mendengar termasuklah pelajar non-Muslim.
|
|
Copyright 2009 - الإسلام دين السلام - Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Based on WP theme by Design Disease