Wednesday, May 15, 2013

Buku...



Bab terakhir masih berbaki. Hebat pengisiannya. Walaupun sejak azali tidak berapa meminati sejarah tetapi apa yang berkaitan perjuangan Islam pasti memberikan sesuatu yang hebat. Sangat hebat.

Hanya 2 hari untuk kenali siapa dia Muhammad Al-Fateh. Subhanallah...pahlawan Islam bukan sembarangan. Mereka dilindungi Allah sepenuhnya. 

Moga ia menjadi didikan awal buat Mukmin di alam rahim, In Shaa Allah. Mukmin bergerak-gerak setiap kali muka surat diselak. Daripada Sultan Muhammad Al-Fateh di usia kanak-kanak hinggalah berjaya menawan kota mahsyur Konstatinopel (Istanbul). 


Siri pahlawan Islam yang bakal dimiliki! Hmmm...sempat tak nak habiskan bacaan sebelum Mukmin lahir eh??!! :D