Sunday, June 24, 2012

Lima tolak satu

...kerana kenaifan atau kesilapan yang satu itu,
terlupa kebaikan yang bersusun-susun sebelumnya...
muhasabah wahai manusia, kita tidak sempurna!

p/s: Lima tolak satu jawapannya kosong ya?

Warming Up


Syaaban sudah menyapa, Ramadhan bakal tiba...
mohon Allah panjangkan umur untuk memasuki bulan penuh barakah, InshaAllah.
" Ya Allah, sampaikan kami Ramadhan, tuliskanlah untuk kami (pahala) puasanya dan qiamnya dan terimalah daripada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui "
p/s: mencari idea untuk pengisian bulatan bahagia buat mereka yang comel =)

Friday, June 22, 2012

Kura-kura



Abah: Kak, jangan simpan lala ni nanti busuk...kena masak hari ni juga tau (sambil bawa beg plastik ke sinki)
Kakak: Ok2...ehh? ni ka siput lala? (dalam hati: hmm, selalunya besar dan cengkerangnya putih!)
Abah: Haihhh!! dak...ni kura-kura! hahahaha
Kakak: erk!!! (ok, versi anak kot sebab tu lain sikit rupanya) hehee




Thursday, June 14, 2012

Satu Ciuman

"chuuuppp!" Melekat satu ciuman di pipi.
"hah?!" Terkelu.
Erk...tak sempat nak kata apa-apa. Senyumannya di balas walaupun masih terkejut.
"Kenapa cium Teacher?" 
Soalan itu diungkap di dalam hati. Tidak sempat mulut bertanya, dia dah berlalu pergi dengan pantas sambil lari-lari anak. Memang menjadi kebiasaan pelajar perempuan bersalaman seusai kelas berlangsung. Pelajar seterusnya pula ambil turn untuk bersalaman.

Siapa tu? 
Salah seorang daripada 10 pelajar perempuan dalam kelas tingkatan 2. 2 hari terima nasihat mungkin berkesan di hatinya dan itu mungkin tindak balas positif! 
Apabila menerima nasihat dengan cara yang baik dan berhikmah, mungkin penerimaan mereka lebih positif. Seperti kakak menasihati adik. Tersenyum. 
"Macam-macam budak-budak ni..."


Monday, June 11, 2012

Prestasi Menurun

Lebih kurang 20-30 minit digunakan untuk menasihati pelajar hari ini. Ya, menasihat bukan membebel. Bila ada keperluan, sesi ini sangat diperlukan supaya mereka mereflek dan muhasabah diri. Cukup masa yang diperuntukkan itu, alhamdulillah. Kalau dipanjangkan lagi, itu dah dikira membebel. Pelajar TIDAK SUKA. 
"Cikgu membebel? Hmmm...ala..biasalah tu... Di rumah lagi teruk aku kena bebel...cikgu nak bebel, apa sangat nak kisah! huh!"
Begitulah penerimaan pelajar. Kata-kata itu dikongsi oleh seorang guru berpengalaman suatu ketika dahulu. 


Apa yang dinasihatkan? Antaranya...
"Cikgu tidak suka guna perkataan-perkataan yang negatif dan tidak baik kepada kamu semua. Kamu suka kalau Cikgu guna perkataan 'bodoh', 'bangang', 'lemah', 'kurang ajar', suka? suka? Kata-kata yang negatif tidak baik untuk pembentukan hati kamu sebagai seorang pelajar. Kamu akan rasa rendah diri, tidak bersemangat. Kata yang keluar daripada mulut seorang guru adalah doa. Sebab itulah Cikgu tidak suka marah, berleter, guna kata yang tidak baik. Makanya, ubah diri kamu semua. Pelajar yang cemerlang kalau prestasi menurun maknanya sikap kamu yang tidak kena. Betulkan attitude kamu. Hormati guru sebaiknya"
Alhamdulillah, pendekatan ini nampaknya berkesan. Bagaimana tahu berkesan?


Seusai kelas, pelajar perempuan datang bersalaman dan salah seorangnya memohon maaf. Dalam hati terdetik, Ya Allah, mohon kata-kata nasihat yang ku berikan itu masuk ke hati mereka supaya mereka lebih mencintai ilmu~


Seorang lagi pelajar lelaki...
P: Teacher, boleh tambah markah nak naikkan gred tak? (sambil sengih-sengih macam kerang busuk)
C: Nak tambah? Mai sini Teacher nak tengok (faham sangat dengan perangainya, sangat minat dengan sukan, tapi pelajarannya masih dijaga baik. Keputusannya ok! alhamdulillah, lebih baik daripada jangkaan)
P: Ala...boleh la Teacher..
C: Ha, tiru dak ni? (saja pasang perangkap)
P: Alaa...(rasa bersalah) Teacher, saya tiru satu ni saja 5 markah....ok2, Teacher potong la 5 markah saya...
C: Ha, tengok....Teacher tahu kalau kamu tiru...
Alhamdulillah, syukur. Eh, pelajar meniru pun suka? Bukan... Empati. Niat sebenar dia datang bertanya bukanlah kerana mahukan gred yang lebih baik. Sebenarnya dia mahu maklumkan yang dia telah meniru dan dia tahu itu tidak baik, tidak berkat. 


Buat pelajarku sayang...Teacher doakan kalian berjaya.


p/s: panjang entri kali ni ya! hehe =)





Saturday, June 2, 2012

Belajar Mendidik

bila diberi satu pertolongan, didiklah diri untuk memberi sepuluh pertolongan
bila diberi satu bantuan, didiklah diri untuk memberi sepuluh bantuan
bila diberi satu penghargaan, didiklah diri untuk memberi sepuluh penghargaan
Cakap memang senang, tapi nak diusahakan itu bukan mudah! betul...sebab itulah perkataan yang sesuai adalah menDIDIK. Kita tidak sempurna, fitrah manusia berlaku normal tetapi usahakanlah untuk melakukan sesuatu yang Allah suka.

Bagaimana kalau bila kita memudahkan orang lain, tetapi diri sendiri tidak dipermudahkan? Fikirlah secara rasional dengan bantuan iman. Kita punya Tuhan Yang Maha Hebat, Dia sentiasa ada. Andai tidak dipermudahkan oleh orang disekeliling, bantuan Allah pasti ada. Yakin. 
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers