Friday, December 30, 2011

Tips menghadapi temuduga

Hanya yang pernah mengalami situasi temuduga sahaja yang tahu bagaimana perasaannya. Antara tips yang pernah di kongsi dari sahabat lain dan juga pengalaman sendiri:

Pakaian
1.Lelaki- baju formal, lengan panjang, seluar slack warna hitam, kasut kerja warna hitam, tali leher yang bersesuaian dengan warna baju (tidak berapa pasti untuk pakaian lelaki, namun ini sebahagian perkongsian daripada rakan-rakan)
2.pakai sedikit minyak wangi
3.bagi wanita: sopan, menutup aurat bagi yang bertudung
4.pemilihan warna baju kurung yang sesuai (elakkan warna yang terlalu menonjol)
5.berkasut (elakkan memakai sandal atau selipar)
6.pemakaian blazer untuk ekstra point di samping nampak lebih berketrampilan dan berkeyakinan
7.ada pendapat mengatakan bahawa pakaian baru mampu meningkatkan level keyakinan pada diri seseorang misalnya baju baru, kasut baru atau beg tangan baru (saya dah cuba, alhamdulillah membantu! hehe..)

Ketrampilan
1.rambut disisir rapi dan tidak diwarnakan
2.sentiasa tersenyum
3.jawab dengan penuh keyakinan (walaupun tengah berdebar-debar)
4.jika tidak dapat menjawab soalan yang diberi penemuduga, jangan cemas atau cuba menjawab dengan jawapan yang tak pasti. Jawab sahaja 'Maaf, saya tidak tahu' (walaubagaimanapun cuba pastikan anda sentiasa bersedia)
5.duduk tegak dengan tangan diletakkan di atas peha
6.letakkan beg tangan di bahagian bawah, bersebelahan kerusi agar tidak mengganggu perbualan
7.sediakan kalkulator dalam kocek baju jika ditanya soalan berasaskan matematik. Jika penemuduga bertanya relevan anda menggunakan kalkulator, jawab bahawa penggunaan kalkulator dapat meminimakan kesilapan disamping lebih efektif dan pantas( tak pasti pula utk point 7 ni, tapi kalau rasa ok, boleh je nak apply hehe)

Persediaan
1.hafal rukun negara, nama menteri kabinet, tonggak 12, isu semasa dan carta organisasi jabatan yang menemuduga anda, lain-lain isu yang dirasakan perlu
2.buku nota kecil
3.sarapan yang tidak terlalu berat (elakkan perut kosong tau...tapi masa temuduga pertama dulu memang tak selera nak jamah apa pun disebabkan terlalu nervous...hehe)
4.baju spare (tak pasti keperluannya, tetapi ada kes bajunya kotor secara tidak sengaja)
5.restu mak ayah (cium tangan untuk ambil berkat)
6.doa dan solat hajat jaangan diabaikan supaya Allah permudahkan segala urusan, inshaAllah

Semasa temuduga
1.tiba sekurang-kurangnya 30 minit sebelum temu duga diadakan
2.ketuk pintu dan beri salam kepada panel penemuduga
3.dengar dengan teliti semua soalan dan beri jawapan yang bernas
4.jika anda tidak faham soalan, minta diulang semula soalan atau sedikit penjelasan
5.berbual secara terbuka, terang dan jujur dan atasi sifat malu/gugup
6.ucapkan terima kasih kepada penemuduga pada akhir sesi

Boleh lanjutkan pembacaan DI SINI (walaupun ia berkaitan dengan temuduga MARA, boleh juga diaplikasikan mana yang positif, InshaAllah), DI SINI atau DI SINI.

Ingat, penemuduga juga manusia biasa, serahkan segalanya kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya, bismillahi tawakkal tu'alallah. Selamat menghadiri temuduga ya, Selamat Berjaya!

Saturday, December 24, 2011

Cikgu oH cikgu

Siapa kata jadi cikgu SENANG?
Bila kamu jadi cikgu..
Baru kamu tau susahnye jadi cikgu..
Time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE..
Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI..
Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
Time RMT.. cikgu jd PELAYAN..
Time budak pecah kepala.. cikgu jd DOKTOR..
Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..
Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
Time persembahan hari guru.. cikgu jd PENYANYI..
Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU..
Time budak muntah dlm kelas.. cikgu jd TUKANG SAPU..
Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
Time perkhemahan.. cikgu jd MASTERCHEF..
Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM..
Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..
Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS..
Time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK..
Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK SARKIS..
Time budak HISTERIA.. cikgu jd TOK BOMOH..
Semuanya ada pada CIKGU =]

Copy paste from someone else~ TQ

Friday, December 23, 2011

Cakna

Ya, ambil peduli!

Melihat isu terkini berlaku pada mahasiswa, teringat masa dulu ketika bergelar mahasiswi! Alhamdulillah, cepat masa berlalu. Jom, flashback!

5 tahun dulu (ketika tahun pertama mendaftar masuk ke universiti) suara mahasiswa sangat sukar dilaungkan. Jangan ke media, dalam kampus saja belum mampu dibisik untuk hebahan.Namun, tahun demi tahun perubahan berlaku walau sedikit. Barisan pimpinan samada di kolej, persatuan-persatuan di kampus mahupun majlis perwakilan universiti sendiri mengalami perubahan. Perubahan yang bagaimana? Mahasiswa mahasiswi yang cakna tentang kekurangan dan perlukan penambahbaikan mula bangkit melangkah ke depan. Proses transformasi sangat hebat berlangsung di universiti sejak 5 tahun itu. Kalau dulu, mahasiswa hanya ikut apa yang disarankan, tiada penambahan, tiada perubahan. Yang ada cuma program biasa, suka-suka dan konsert. Namun, situasi berbeza selepas transformasi. Mahasiswa menjaga akhlak lebih gah menyerlah. Bertudung labuh, berkopiah sana dan sini. Ya, penampilan menampilkan cara pemikiran. Sekurang-kurangnya mereka tahu utamakan apa yang utama mengikut kemaslahatan kehidupan kampus. Minda mahasiswa bergerak pantas sepantas teknologi.

Teringat masa dulu, betapa peritnya untuk memastikan terlaksananya program kerohanian. Kelas, kuliah, ceramah agama sebagai ilmu tambahan sangat sukar dijalankan. Kerenah birokrasi, kerenah kepimpinan, kerenah audience cukup 'mematangkan' barisan teraju program. Hebahan program sangat sukar mendapat sambutan. Namun, tahun silih berganti. Sekarang, kuliah dan program kerohanian bertindih-tindih, Subhanallah. Hebahannya sangat hebat di ruangan blog juga Facebook junior-junior universiti. Hebat!


p/s: Teguran itu perlu untuk menjadi lebih baik. Perubahan juga perlu untuk menjadi lebih hebat.

Friday, December 16, 2011

Bijak memilih

Jika TIDAK SUKA akan sesuatu (yang negatif),
Maka JANGAN lakukan kepada orang lain kerana mereka juga pasti tidak suka!


Contohnya: Tidak suka akan tekanan, maka mengelak semampu mungkin supaya tidak memberi tekanan pada orang lain. Adil.

Tetapi, tekanan kadangkala adalah pembantu yang baik! Makanya, perlu bijak dalam membuat pertimbangan wahai insan berakal yang beriman.

p/s: Hargai dia sebelum kehilangan (eehh, takde kaitan kan hehe...)

Yakin padaNYA

Berusaha untuk memudahkan urusan orang lain supaya urusan diri juga akan dipermudahkan.
Berharap?
Ya, mengharap begitulah tetapi...
kalaupun tidak dipermudahkan oleh manusia
InshaAllah pasti akan dipermudahkan oleh Allah, Tuhan Maha Hebat!


p/s: Equal!

Penerima

What you give, you get back
Mendidik diri agar terus-terusan memberi dalam usaha mencontohi sunnah Rasulullah.
Dan yang pasti mencontohi sifat Allah, Yang Maha Pemurah,
sentiasa memberi walau hambaNYA tidak meminta,subhanallah!


Memberilah kerana kita juga adalah seorang penerima!

Sunday, December 11, 2011

Utamakan Yang Aula


Tolak bukan bermaksud sombong atau meninggi diri
seperti mahu menerjah langit...
Cuma...
mengutamakan yang lebih utama,
yang lebih terdahulu
kerana ia sandaran dari Allah...



p/s: Yang pertama itu istimewa kan?

Tuesday, December 6, 2011

Serangan

Mama: Kesiannya dekat anak mama ni...tak patot depa buat macam tu na...mentang-mentang mama abah tak ada, depa buat ikot suka ja dekat anak mama
Kakak: Tak apa...kak dengar ja, tak balas apa-apa...depa dah tua, biar la...tapi rasa macam nak tergelak pun ada, orang macam tu pun ada kan mama...hmmm...(senyum lagi)
Andai diselesaikan dengan cara berhikmah dengan kata-kata indah pasti lebih memudahkan semua pihak berbanding dengan cara yang negatif. Hanya salah faham yang sedikit. Interaksi & cara berkomunikasi perlu berkesan supaya kedua belah pihak tidak bermasam muka.

p/s: nasib baik saya cool ja...hehe =)