Sunday, June 19, 2011

Mereka ada kekuatan tersendiri

Pelajar: "Cikgu, hari ini ada kelas dengan cikgu kan? Hmmm, tapi kami tak mahu tulis-tulis..."

Cikgu: "Ok..ok.. Kita main game hari ini"

Pelajar: "Ha...game kami nak la..."
Untuk duduk di atas kerusi selama 40minit tanpa bergerak, tanpa bercakap dan hanya mendengar sangat mustahil bagi kelas 5MPV. Kecenderungan mereka lebih kepada teknik dan kemahiran melakukan projek. Sebagai guru novis, idea-idea baru sangat diperlukan dalam proses menimba pengalaman.

"Kamu jangan terbiasa dengan guru-guru berpengalaman yang lebih gemar dengan P&P komunikasi satu hala. Kamu perlu ubahsuai, pelbagaikan kaedah pengajaran" bisik hati sendiri.

Subhanallah~ bersungguh-sungguh mereka semua menyelesaikan tugasan...
(tersenyum sendirian)

Subhanallah, kamu semua memang berpotensi besar untuk berjaya. Ya, kamu pasti berjaya! Cikgu doakan kamu berjaya di dunia dan akhirat, InshaAllah.

p/s: Hmmm~ minggu lepas dah main teka-teki, minggu ni dah main kuiz optikal dan tayangan video En. Matlutfi, minggu depan apa pula ya??

Friday, June 17, 2011

Bukalah hati kita

"Dia bagitahu saya, dia tak minat jadi cikgu tetapi sebenarnya dia nak jadi ahli bomba!"
Zuuuuppp! Allahuakbar... Terkesima.
Penampilan Cikgu C memang mempunyai ciri-ciri, pesona atau aura seorang guru yang baik walaupun masih menjalani praktikum di sekolah. Rupanya... hatinya tiada untuk amanah itu. 4 tahun dilatih untuk menjadi guru secara terlatih di institusi pendidikan masih tidak mampu untuk mengikis perasaan tidak berminat itu. Tidak mencari salah sesiapa, tidak menuding jari ke mana-mana, tidak sekali!
Kini, realiti sebenar memang begitu. Jika di tanya pada junior, banyak kes yang mengatakan mereka tidak minat untuk menjadi guru tetapi diterima masuk di institusi perguruan. Kenapa jadi begini? Ada yang sungguh-sungguh berminat menjadi guru namun tidak tersenarai dalam senarai pelajar bidang pendidikan manakala yang tidak berminat pula wujud di situ walaupun telah berterus-terang semasa ditemuduga.
"Encik, saya memang tidak berminat untuk jadi cikgu. Saya pun tak pasti macam mana saya boleh apply lepas SPM hari tu..."
Apa aturan Allah sebenarnya? Berfikir, berfikir dan terus berfikir. Adakah Allah mahu menunjukkan kekuasaanNYA kepada kita agar berfikir dan menerima apa yang diamanahkan dengan baik? Adakah Allah mahu meletakkan guru-guru yang tidak berminat menjadi guru di sekolah supaya pengurusan di sekolah semakin kucar-kacir dengan pelbagai isu negatif kerana kita sekarang di akhir zaman? Ilmu Allah semakin banyak diangkat semula ke langitNYA yang luas. Guru bermasalah, guru ini...guru itu.. Bagaimana dengan anak-anak didik yang dahagakan ilmu itu untuk generasi akan datang? Astaghfirullah... Akal kita sangat terbatas. Mohon Allah uruskan segalanya dengan baik, inshaAllah kerana Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui atas segala yang telah, sedang dan akan berlaku.

Bila kita lakukan sesuatu dengan terpaksa, hasilnya sangat tidak menyenangkan malah menyesakkan diri sendiri. Ikhlas itu tidak wujud. Tiada hati. Wahai guru novis, sahabat serta adik-adik yang bakal memasuki bidang pendidikan secara rasmi juga tidak terkecuali kepada diri sendiri...jom, sama-sama kita buka hati. Terimalah amanah ini sebaik mungkin. Kikislah perasaan tiada hati itu sedikit demi sedikit. Pupuklah rasa nikmat memberi hari demi hari tanpa rasa bosan. Kenapa? Kerana tugas mendidik adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Manakan tidak, dengan lahirnya Rasulullah s.a.w, baginda berjaya mendidik tamadun yang tidak bermoral sehingga menjadi tamadun yang disegani dunia. Subhanallah...dalam keadaan sedar atau tidak sebenarnya semua guru di dunia ini melaksanakan sunnah nabi saban hari, sepanjang tahun.

Dengan rasa gembira, ingin berkongsi bersama kalian berkenaan buku di atas. Perkongsiannya sangat menarik untuk mendidik hati supaya terus memberi khas buat guru-guru baru. Andai ada masa terluang, wang yang masih berbaik...milikilah buku di atas. Harga: RM19.90, Halaman: 207. Terbitan: MustRead Sdn. Bhd. Syukran buat sahabat, Nurul Izzati atas cadangan supaya memiliki buku bermanfaat ini. Proses membedah buku ini masih berlangsung, alhamdulillah. Inputnya sangat berguna kerana saya, kamu, dia, mereka yang juga belum sempurna dalam mendidik hati agar terus ikhlas. Jom, ikhlaskan hati!

p/s: cuba sedaya upaya untuk memahami situasi cikgu C, empati. Saya doakan moga Allah bukakan hati kamu untuk terus bermujahadah di jalan ini, ameen. Allah pasti bantu kamu~ *big smile*

Tuesday, June 14, 2011

Natijah Berbeza

Sungguh, bila kamu makin menjauh...kamu semakin lalai dengan dunia. Mewahnya, mudahnya, nikmatnya dunia silih berganti hinggakan kamu semakin alpa. Tetapi, kamu tidak mampu menyangkal yang jiwa itu semakin jauh dari Allah yang Maha Pengasih.

Sibuk? Alasan itu tidak kukuh. Dulu juga sibuk bahkan lebih sibuk dari sekarang. Mesyuarat petang dan malam hingga ada menjangkau tengah malam. Muhasabah. Betul. Bila kamu menjauh, pastikan kamu mendekat semula. Jangan sesekali terus hanyut dengan dunia yang tiada penghujung. Allah sedang menguji kamu tentang ujian nikmat yang melimpah.
"Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (Surah al-A'raf: 204)
Betapa kata-kata Allah di dalam al-Quran adalah penenang jiwa. Jangan sekali menidakkannya. Walau tiada kefahaman ayat al-Quran, ia tetap mampu menenangkan jiwa, memudahkan urusan, menggembirakan hati, apatah lagi buat mereka yang memahami setiap bait al-Quran. InshaAllah, itu rahmat Allah. Wahai mujahid mujahidah Islam, teruskan mendekati al-Quran. Dengan istiqamah ia di sisi, InshaAllah segala urusan harian lebih tenang, mudah dan dilancarkan oleh Allah.
"...dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir" (Surah Yusof: 87)

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers