Wednesday, March 16, 2011

Laskar Pelangi

Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya
Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa
Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah syurga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia Selamanya...
Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita
Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi
Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah syurga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia selamanya
~Petikan lagu Laskar Pelangi yang juga menjadi lagu tema filem Laskar Pelangi. Lagu ini ada makna yang tersirat. Lain orang, lain pemikirannya. Andai positif, ambil & kongsi bersama. Liriknya sangat puitis. Apabila digabungjalin dengan filemnya, makna tersirat sudah tersurat. Situasi pelajar yang mendambakan kejayaan walau dalam keadaan yang daif, situasi guru yang sedaya upaya menjalankan taklifan yang diberikan Allah dengan sebaiknya walau susah menunggu terselit dalam plot filem tersebut.

Mengambil semangat watak guru terutamanya watak 'Ibu Muslimah' dalam filem tersebut sebagai motivasi diri selain lagunya yang menaikkan semangat. Jika meniti satu persatu liriknya...kedengaran seperti bicara anak-anak yang begitu dahagakan ilmu setiap kali mereka melangkah ke sekolah. Harapan demi harapan diselitkan di sudut hati yang paling dalam. Sebagai guru, ya...perlu terus berusaha utk mendidik hati-hati yang sentiasa inginkan ilmu yang berguna walau sukar dan sesak. InshaAllah moga Allah kuatkan hati semua guru di atas dunia ini agar terus gagah dalam mendidik generasi yang makin mencabar~

p/s: Lagu Laskar Pelangi dah dijadikan ringtone handphone~ moga terus bersemangat wahai mujahidah setia!

Friday, March 11, 2011

Satu Hati

Pengakuan-pengakuan itu menyesakkan sebenarnya...
Pengakuan-pengakuan?
Ya, pengakuan-pengakuan...
Itu kata ganda dan membawa maksud banyak
Ya, ia makin bertambah sejak akhir-akhir ini
Mengapa sesak? Kerana akal hanya terima pengakuan itu seperti angin lalu
Kemudian ia ditiup pergi...makin jauh dan menjauh

Wahai jasad
Terus tegar di situ
Wahai hati
Terus cekal di situ
Begitulah kehidupan
DIA sayangkan kamu makanya DIA berikan kesempatan kamu merasai kehidupan itu

Hanya punya satu hati
Ku ikhlaskan pada DIA Maha Pencinta
Kenapa? Kerana DIA pemilik hati ini
CintaNYA KasihNYA sungguh hebat
Tidak rugi hati ini ada padaNYA sejak dulu
Makanya
Andai ada yang mahu memiliki, mohon dari DIA Maha Pencinta
Tiada pemilik lain sebelum lafaz mulia itu
InshaAllah
~Asrari

Wednesday, March 9, 2011

Entri Biasa

Bismillahirrahmanirrahim~
Lafaz mulia memulakan semula penulisan di sini setelah lama tiada info terbaru. Sibuk mungkin dalam menjalankan segala taklifan daripada Allah. Alhamdulillah, 3 bulan di sekolah dengan gelaran guru pelbagai coretan pengalaman telah dilukis pada kanvas putih kehidupan. Walau positif atau negatif, ia tetap menjadi pengalaman yang mematangkan. InshaaAllah.

Terkesan
Apabila disapa oleh pelajar ketika berjalan di koridor bangunan walau hanya dengan panggilan "Cikgu.." sudah cukup terasa dihargai inikan pula dengan sapaan "Assalamualaikum". Subhanallah...sungguh terharu hanya dengan ucapan salam itu. Kenapa? Kerana budaya menghormati guru kurang di sini sehinggakan ada guru yang bersetuhan bahu dengan pelajar ketika berjalan di koridor kelas.

Sekolah 1 Malaysia
Mungkin geli hati dengan title itu tetapi memang begitulah 'environment'nya di sini. Peratus atau bilangan kaum para pelajar hampir sama banyak. Kepelbagaian kaum itu mungkin menjadi faktor kuat kurangnya disiplin dan rasa hormat pada guru.

p/s: Terima kasih buat yang menyapa Cikgu setiap hari di sekolah ya! Samada saya kenal kamu atau tidak, saya doakan kamu berjaya dalam pelajaran, InshaaAllah~ =)
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers