Wednesday, December 22, 2010

Seorang gadis itu...

Seorang gadis itu...
teman yang setia buat Adam dialah Hawa, tetap di sini...
dari indahnya Jannah hatta ke medan dunia hingga kembali mengecap nikmatNYA

Seorang gadis itu...
bisa seteguh Khadijah yang suci hatinya, tabah dan tenang sikapnya
teman Rasulullah, pengubat duka dan laranya, bijaksana ia, menyimpan ilmu, si teman bicara, dialah Aishah, penyeri taman Rasulullah
dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah

Credit to Makalah4all: Entri penuh di ~Untuk Gadis Sahaja naa.....

Monday, December 20, 2010

Jantung itu lemah

"Pak cik...duduk dulu ya, nanti saya datang balik" ujar staffnurse dari luar bilik wad
"Aishh, kenapa panggil abah 'pak cik'? Abah muda lagi la...hmmm"
Otak ligat berfikir. Muda? Akal cuba menafi keras. Abah dah dimakan usia. Harus terima kenyataan. Abah semakin tua. Kesihatan abah semakin merosot.
Dulu...abah tolong buatkan milo dalam botol tiap-tiap malam sebelum tidur. Sedap. Mama buat tak sama macam abah buat. Tersenyum sendiri.
Dulu...abah kejutkan bangun dari tidur sebelum ke sekolah
Dulu...pergi ke sekolah tiap-tiap pagi dengan abah
Dulu...abah dodoikan bila selesema atau demam sebab sukar bernafas
Dulu...abah bersukan tiap-tiap petang melatih budak-budak wakil sekolah
Tapi sekarang...jantung abah dah tak kuat macam dulu. Jantung abah dah lemah...
Ya Allah, Kau tarik sedikit demi sedikit nikmat sihat yang KAU beri selama ini untuk abah.
Allah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian DIA menjadikan kamu setelah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian DIA menjadikan kamu setelah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang DIA kehendaki.Dan DIA Maha Mengetahui , Maha Berkuasa (Surah Ar-Rum: 54)
Yang pasti, dulu hingga saat ini, Allah masih pinjamkan Abah buatku. Syukur Ya Rabb...Alhamdulillah, insan ku panggil abah ini sangat bermakna. Setiap katanya kuambil sebagai himpunan nasihat dan kekuatan.
Ya Allah, Tuhan pemilik cinta agung, ku mohon moga diberi kesempatan ruang & waktu untuk berbakti kepada abah & mama, ameen ya Rabbal 'Alamin~
p/s: Kakak sayang abah =)

Thursday, December 16, 2010

Angiogram

12.12.2010: Daftar masuk. Stand by untuk operation esok.

Wad CRW: Thank you for your kindness, Dr Billy.

Esok dah nak operate, abah masih mengukir senyum! Tapi dalam hatinya hanya Allah yang tahu

Tekanan darah perlu stabil untuk jalani proses hari esok.

Sampel darah diambil~ kesian abah...5 kali cuba, masih belum dapat masukkan jarum. Salur darah mengecil ye abah?? Finally, kena ambil di lengan. Alhamdulillah, sekali ja...

13/12/2010: Selesai~ baru keluar dari bilik bedah sekitar jam 5 petang. Alhamdulillah, segala pujian buatMU ya Allah...Allah lindungi abah seluruhnya. Kesiannya tengok keadaan abah, mata abah merah, tapi abah cuba bersembang macam biasa.

Jama' Takhir~ Kemudahan Allah untuk yang bermusafir diguna sebaiknya. Selesai dari bilik bedah, abah terus nak solat. Tiada tangguh. (Nurse, jangan marah ya...kami pusing katil abah untuk abah solat...)

Syukran kathir buat Pak Cik Zan sekeluarga, luangkan masa ziarah abah~ Abah berbual macam biasa. Pengalaman masuk bilik bedah bla...bla...bla...

Apa yang berlaku?
Abah disarankan oleh doktor pakar untuk jalani Coronary Angiogram Procedure disebabkan keputusan stress test abah yang positive. Its about THE HEART! Main organ in the body which pumps the blood through the blood vessels. Risiko. Dua salur darah di jantung abah dikatakan tersumbat atau block. Rawatan terkini adalah memasukkan stand untuk membantu membuka salur darah bagi mengepam darah ke seluruh badan. Bukan cerita mudah untuk memasukkan bendasing ke dalam badan manusia walau ia sekecil biji saga. Kenapa? Sistem pertahanan badan mungkin bertindak negatif (tidak menerima) kerana tidak sesuai dengan sistem badan pesakit. Jangkitan kuman juga boleh berlaku dengan wujudnya bendasing dalam badan. Abah kuat semangat. Serahkan segala pada Allah. Tawakal.

13/12/2010: Operation day. Dr. Billy memasukkan kamera melalui paha abah hingga ke jantung bagi mengetahui situasi jantung abah dengan lebih tepat. Kuasa Allah~ Subhanallah, Allahu Akbar. Kalimah pujian bagi Allah. Menurut Dr, block pada jantung abah masih boleh dikawal oleh pemakanan & ubatan. Tidak perlu memasukkan stand sebagai bantuan. Alhamdulillah~ Allah Maha Berkuasa. Bila DIA menghendaki sesuatu, maka berlakulah ia. Kuasa Allah tiada tara. Pengalaman abah tentang kuasa Allah sangat menakjubkan. Sila rujuk entri sebelum ini: Di Sebalik Air Kolah. Allah Maha Berkuasa! Allahu Akbar!

Ucapan penghargaan buat seluruh kakitangan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star. Khususnya buat Dr, Staffnurse di wad CRW atas layanan. Inshaa Allah moga Allah merahmati kalian, ameen~

p/s: Abah pesan, kita kena rajin solat & berdoa...jangan tinggal. Mungkin ni lah keajaiban Allah untuk hambaNYA =)

Saturday, December 11, 2010

Uzlah

p/s: kata itu sekadar kata puisi =)

Sunday, December 5, 2010

Fikir dan zikir

Mengimbau kisah sebelum ini, betapa perancangan Allah sangat teliti. Dengan izin Allah, Tuhan Maha Agung, tidak keterlaluan jarak langkahan kaki ini dalam mengejar ilmu dunia selama bergelar pelajar sehingga penempatan posting. Alhamdulillah, syukurku panjatkan padaNYA. Jom imbas semula takat langkah perjalanan itu:
Tahun 1 - 6 : SK Sri Limau, Lunas, Kedah
Tingk. 1 - 3 : SMK Kulim, Kulim, Kedah
Tingk. 4 - 5 : SMK Agama Kedah, Mergong, Kedah
Matrikulasi : Kolej Matrikulasi MARA Kulim, Kulim, Kedah
Universiti : Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak
Posting : SMK Padang Serai, Kulim, Kedah
Allahu akbar! Langkahan kaki ini tidak jauh dari pandangan mama abah. Betapa Allah meletakkanku di tempat yang paling sesuai. Alhamdulillah~syukur...Allah is the ultimate planner!
Wamakaru wamakarallah wallahu khairul maakirin~ kita merancang tetapi Allah ada perancangan yang lebih baik dari apa yang kita rancang
Susunan langkah-langkah itu Allah yang tentukan. Hanya berusaha memohon dengan tiada kepastian dalam penempatan di setiap takat perubahan langkah itu. Tawakal itu sungguh indah. Betapa besarnya kuasaMU Ya Rabb. Ada juga sahabat-sahabat lain yang senasib tetapi ada juga yang terpaksa merantau jauh. Kisah kita semua berbeza. Didikan Allah untuk hambaNYA.

Fikir dan zikir
Kalimah akhir dalam Sistem Pesanan Ringkas (SMS) seorang sahabat baru-baru ini:
"Berhati-hati dengan istidraj"
Terkesan. Fikir dan zikir. Susunan perjalanan itu sungguh sempurna walau ranjaunya penuh suka duka. Apakah di sebalik qada' dan qadar itu? Jauhkanku dari istidraj ya Rabb, na'uzubillah... Istidraj itu bahaya. Allah menguji hambaNYA dengan nikmat dan kesenangan. Manusia leka dengan nikmat yang dikurnia hingga lupa untuk terus bersyukur dan beribadah padaNYA. Peringatan! Berhati-hati dalam melangkah wahai mujahidah Islam...Allah melihat setiap langkahanmu. Terus berpegang pada taliNYA. Ya Allah, pimpinlah aku, didiklah aku, dalam meletakkan sesuatu yang haq dan yang batil, mohon redhaMU Ya Allah...ameen~
Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya kamu berada di atas jalan yang lurus (Surah Az-Zukhruf: 43)
p/s: Input berkaitan Istidraj di SaifulIslam.com

Thursday, December 2, 2010

Wanita itu memandu

Wahh, tengok tu...perempuan yang drive! Hebat!
Itu dialog biasa wujud di kalangan kita. Bangga atau sindir? Dua intonasi dan situasi yang berbeza. Buka minda, buka mata, buka hati.

Mempelbagaikan sudut pandang
Pelbagai bentuk buah fikiran yang wujud. Tidak salah dan jangan menyalahkan. Jom menyelak persepsi dari sisi pandang yang lain.
"Kenapa wanita (atau dikecilkan skop kepada muslimah) memandu kereta? Alaa...bawa motosikal sudah la..."
Bukan kerana demand atau berlagak tetapi situasi tidak sesuai untuk seorang muslimah memandu motosikal dalam jarak yang agak jauh. Kecelakaan mungkin boleh berlaku. Dalam mengelakkan situasi yang boleh membuka aib seorang wanita seperti kemalangan. Jika berkereta, aib mungkin boleh dikurangkan. Misalnya angin kuat, hujan juga kemalangan.

Islam menggalakkan umatnya untuk membangun dan berkembang. Orang Islam tidak boleh lemah.
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati (3:139)
Inshaa allah, mohon agar tiada riak dalam diri kerana apa yang dimiliki adalah daripada Allah semuanya. Kalau DIA ambil balik, tiada daya untuk menghalang. Alhamdulillah atas segala kurniaNYA. Keyakinan memandu datang dari Allah yang Maha Kuat. DIA memberi kekuatan.

Selingan: Di atas jalan minggu lalu, selisih dengan sebuah kereta yg dipandu oleh Pak Cik Mat yang ajarku memandu. Entah dia sedar atau tidak. "Saya dah pandai memandu, syukran ya pak cik! Inshaa allah pak cik pun dapat aliran pahala dari Allah kerana saya memandu setiap hari untuk mendidik pejuang-pejuang kecil Islam. Moga Allah berikan kesihatan yang baik untuk pak cik dan isteri, ameen."
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers