Saturday, November 27, 2010

As a Reminder

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung. ('Ali Imran, 3:104)

"Sikap orang mukmin sesama mukmin yang lain ibarat batu bata pada sebuah bangunan. Satu sama lain kuat-menguat dan sokong menyokong" (Riwayat Muslim)
Saling berpesan-pesan kepada kebaikan
Perubahan fasa dalam kehidupan memerlukan tadhiyyah (pengorbanan) yg optimum. Fasa alam kerjaya memerlukan seseorang yg mampu memikul amanah dgn baik. Namun, dgn hanya mengejar kerjaya semata-mata ia tidak akan dapat mendatangkan kepuasan yang maksimum. Fitrah insan. Perlu diingat; Kejar dunia, kejar akhirat. Kesibukan akan menyebabkan kita lalai hingga terlupa memberi makanan rohani kepada diri sendiri. Sedangkan waktu itulah kita perlukan bimbingan & pimpinan dari Allah untuk menguruskan kesibukan itu sebaiknya. Hablumminallah wa hablumminannas~ Jagalah hubungan dengan Allah & jagalah hubungan dengan manusia. Sukar untuk menjaga hati di sekeliling tetapi jika kita menjaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan membantu kita dalam memelihara silaturrahim sesama insan. Inshaa allah
..oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan...(Al-Baqarah, 2:148)
Pastikan waktu diperuntukan buat pengisian rohani & pengajian agama, bukan sekadar bekerja untuk 24jam/hari. Kamu akan hilang arah tuju. Kenapa? Untuk apa? Supaya hati kita hidup. Menghidupkan hati yang juga perlukan pemantapan & peringatan setiap waktu. Inshaa Allah.
"Bekerjalah kamu untuk duniamu seakan kamu akan hidup selamanya, dan bekerjalah kamu untuk akhiratmu seakan kamu akan mati esok hari"
p/s: peringatan buat diri sendiri juga, selamat bermujahadah =D

Sunday, November 21, 2010

Teruskan berjalan



Mengajar untuk belajar
Redha DIA ku pohon selalu
Rahmat DIA ku nanti tiap waktu
Hanya DIA yang tahu
Kuatlah wahai hatiku
Teruskan pencarian itu
Moga dipertemukan buatku
~Asrari



Pencarian redha Allah perlu diteruskan. Bersama semangat yang baru, seperti embun subuh yang menitis di daunan. Segar. Mohon Allah titipkan kekuatan, kesabaran, keyakinan untuk melalui jalan-jalan yang sukar ketika membuat langkahan demi langkahan. Hanya DIA kuserahkan segala. Lontarkanlah ke mana saja taklifan itu. Kamu perlu kuat! Jangan mengalah sebelum kalah!

Buat sahabat-sahabatku, bertebaranlah wahai guru-guru muda. Kamu layak untuk taklifan itu, maka genggam amanah itu sebaik mungkin. Jangan lemah jangan gundah. Moga kuat dalam bermujahadah, cekal dalam melangkah. Moga kerjaya yang bakalan dibina diberkati Allah. Kesusahan, kepayahan, kesulitan menanti di setiap persimpangan...maka jangan mundur, be strong & stay smile! Allah always be there for us...inshaa allah.

p/s: Entri ini adalah kesinambungan kepada entri Pencarian Bermula.

Ada beza

Alhamdulillah, selesai taklifan dari Allah sebagai guru ganti sekolah rendah (SR). Bagaimana? Sangat menarik! Subhanallah, pengalaman pertama Allah kurnia semasa menunggu tawaran kerja tetap @ posting. Sangat berharga. Melihat kepada sisi positif kenapa Allah memberi ruang & peluang ke SR sedangkan ijazah & kekuatanku di sekolah menengah (SM), mungkin ingin membuka minda & akal supaya memahami situasi guru-guru di SR. Jika tidak mengalaminya, kamu tidak tahu apa rasanya yang sebenar.
Siapa kata mengajar di SR senang? Ala...mengajar budak-budak kecik, bukan susah pun...
Klise. Dialog yang biasa dengar. Kata-kata itu tidak berasas. Susahnya, sukarnya, sulitnya... hanya yang mengalami lebih tahu. Jangan menilai jika kamu tiada di situasi sebenar. Zalim.

Sekolah menengah
- Guru-guru perlu ada kekuatan mental yang sangat kuat untuk menerima kondisi pelajar sekarang yang sangat sosial (mungkin perkataan ini tidak sesuai, maaf...tapi itu hakikatnya).
- Guru perlu kuat untuk memotivasikan diri sendiri kerana mereka perlu memotivasikan para pelajar setiap minit.
- Guru perlu mantapkan diri dengan ilmu psikologi walaupun tidak seberapa. Sangat perlu! Pelajar SM berbeza. Mereka perlu dipimpin, dibelai mengikut situasi. Marah, tengking dan leteran dari pihak guru hanya mengundang dendam yang berganda daripada mereka yang tidak memahami situasi si guru yang inginkan mereka berjaya.
- Guru perlu bijak menguasai pelajar & kelas. Inisiatif baru perlu ada bagi menarik minat mereka. Bukan mudah, tetapi tidak mustahil. Inisiatif ini perlukan pengorbanan yang sangat tinggi. Sanggupkah? Inshaa allah, mohon kekuatan dari Allah untuk jalankan ia di sekolah nanti.
- Dari segi content subjek, SM lebih besar skopnya. Pengajaran perlu dijalankan, kandungan perlu disampaikan. Kira-kira 40 minit bagi setiap waktu P&P.

Sekolah rendah
- Kekuatannya pada membentuk para pelajar. Daripada kosong kepada ada sesuatu. Sukar. Siapa kata ajar membaca itu mudah? Siapa kata mengajar darab dan bahagi itu mudah? Sila masuk ke kelas yang pelajarnya 30 orang (jumlah minimum), ya sila! Kamu akan rasa situasi sebenar.
- Kuasanya dalam mendidik pelajar dalam sahsiah yang baik. Attitude. Setiap kali perlu mengulang kata-kata yang sama. Cuci kelas, sapu sampah, kemaskan tali leher, buku-buku jangan diconteng. Hey, itu semua perlukan kekuatan fizikal yang sangat tinggi. Level pemikiran pelajar SR masih rendah, jadi guru perlu mengulang kata-kata yang sama setiap hari. Ya, setiap hari!
- Kebaikannya dalam menerapkan nilai murni. Dalam menghasilkan generasi yang mempunyai nilai positif, guru SR adalah pencetus segala. Jangan remehkan tugas mereka. Jangan sekali-kali.

Konklusi
Keduanya memegang amanah profesion keguruan. Memberi apa yang ada. Gelaran guru walau di mana, taklifannya masih sama. Berkait dengan sekolah, subjek, peperiksaan...cuma level pelajar, situasi, persekitarannya sedikit berbeza. Jangan mencari perbezaan. Kamu dilantik Allah sebagai guru SM mahupun SR, maka jalankan taklifan itu sehabis baik. Jangan mengeluh, jangan mengkritik. Masing-masing ada kekuatan. Kamu ada kekuatan di situ. Dia pula ada kekuatan di sana. Jika kamu di sana, mungkin kamu tidak mampu menjadi seperti dia. Jadi, jangan mengkritik. Apa yang Allah bagi adalah yang terbaik buat kamu, inshaa allah. Have faith in HIM, always...

p/s: gonna miss everything in SK Sri Kulim, yea..every single thing. The great experience makes me stronger than before, inshaa allah. Buat cikgu-cikgu SKSK, teruskan bermujahadah...Allah selalu ada buat semua~


Monday, November 8, 2010

Bumi Cinta

Karya terbaru Syeikh Habiburrahman El Shirazy. Siapa penulis ini? Seorang sarjana Universiti Al-Azhar, Kairo, Mesir yang berasal Jawa Tengah, Indonesia berumur 34 tahun. Untuk biodata lanjut, sila rujuk di sini. Hasil nukilannya bersusun (sila rujuk di sini) tetapi hanya berpeluang mengutip ilmu dalam Ayat-Ayat Cinta (AAC) dan yang terbaru Bumi Cinta (BC).

Penulisannya berbeza daripada novel biasa. Ia lebih kepada perkongsian ilmu yang lebih optimum, berguna juga berilmiah. Olahan ceritanya sangat terperinci. Bukan hanya memimpin pembaca kepada susur jalan cerita tetapi penulis ini berjaya membuka minda pembaca untuk turut sama berada di setiap tempat kejadian atau setting. Jika AAC lokasinya sekitar Mesir, BC pula lokasinya sekitar Rusia dan Moskow. Banyak ilmu selitan yang digabungkan dalam plot cerita. Hanya yang telah membaca akan memahami cara penulisan beliau. Kepada yang berkelapangan ke kedai buku, ya! dicadangkan untuk memiliki buku ini. Banyak persoalan terjawab melalui penulisannya.

Keistimewaan BC:
- sebuah novel pembangun jiwa
- penerangan tentang Islam, agama agung dari Allah
- bagaimana susahnya menjaga dan memelihara iman dalam diri terutama di negara asing
- membuka minda tentang pemikiran lain seperti atheisme dan pembahagiannya
- banyak lagi input terbaik daripada penulis dan yang pasti pendedahan mudah kepada bahasa Rusia yang menarik sebagai buah tangan kepada peminatnya

p/s: Dah lama tidak membaca novel kerana rimas dengan fantasi cinta yang melampau dan lebih fokus pada sumber pembacaan yang lain. Novel yang terakhir dibaca adalah AAC karya penulis yang sama. Syukran kathir buat sahabat maya yang mencadangkan novel ini. Ya, ilmunya berguna, inshaa Allah.

Friday, November 5, 2010

Kenapa blog?

Teringat diskusi bersama seorang sahabat setahun yang lalu tentang blog. Untuk apa blog ni ya?

Pendapat seseorang:
Tempat untuk berkongsi tentang ilmu dengan cara berilmiah. Bukan tentang diri sendiri.
Pendapat seseorang yang lain:
Lebih kurang macam diari. Tulis apa sahaja yang mahu ditulis dan dikongsi.
Pendapat yang lain:
Apa sahaja yang ingin dikongsi misalnya pengalaman diri atau orang terdekat.

Tidak kisah mahu berkongsi tentang apapun. Asalkan tidak melampaui batas. Manusia berbeza kebolehan, keupayaan, keinginan dan kekuatan. Tidak semua punya ilmu untuk dikongsi. Tidak semua punya ilmu dan punya kebolehan menulis dalam masa yang sama. Untuk yang berkeupayaan, silakan! Untuk yang tidak, ikutlah cara sendiri. Kamu masih boleh memberi dan berkongsi.

Jika mencari tentang ilmu, pergilah ke sana.
Jika mencari tentang psikologi, pergilah ke situ.
Jika mencari tentang motivasi, datanglah ke sini.
Jika dirumuskan, semua itu juga ialah ilmu.

p/s: tak payah sakit kepala mikir, senyum! =D

Monday, November 1, 2010

Berusahalah...

menyayangi seorang wanita
memahami siapa itu wanita
meninggikan kedudukan wanita

Ya,
wanita itu sangat sukar difahami hatinya, sangat sukar difahami situasinya
Setuju!
Maka, diri ini tidak menyalahkan sesiapa di luar sana yang menyatakan bahawa wanita sukar dimengertikan
Tetapi, wanita itu ciptaan Allah yang sangat indah
Kenalilah keindahan itu

p/s: Isteri, ibu, kakak juga adik adalah wanita~

.::Sedang berusaha memahami wanita::.
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers