Saturday, October 30, 2010

Itulah wanita

Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya pada ibunya. "Ibu, mengapa Ibu menangis?" Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita". "Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti..." Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis?" "Ibu menangis tanpa sebab yang jelas". Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan".

Sampai kemudian si anak itu membesar menjadi remaja, tetap bertanya-tanya mengapa wanita menangis. Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Tuhan, mengapa wanita mudah sekali menangis?"

Dalam mimpinya, Tuhan menjawab, "Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun demikian, bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur. Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu.

Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap lembut olehnya.

Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah. Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak. Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan bila pun dia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun
sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan.

*Terima kasih buat yang telah berkongsi artikel di atas. Maaf, terlupa sumber asal untuk disertakan. Moga Allah memberkati ilmu ini. Inshaa allah~

Saturday, October 23, 2010

Kisah Faizal & Azwan Episod Akhir

Ya. Ku akhirkan kisah mereka di sini. Cukuplah sekadar ini sahaja perkongsian tentang mereka. Kisah Faizal & Azwan. Mereka sangat aktif, mencari titik sebab bergaduh dengan rakan sebelah, mencari alasan untuk keluar kelas dan lain-lain (tidak mahu mengulang cerita dulu, boleh baca di entri yang lama ya). Baru selesai menyemak kertas jawapan bagi Peperiksaan Akhir Tahun mereka petang tadi. Subhanallah~ Siapa boleh percaya, Azwan mendapat 88% bagi subjek Sains manakala Faizal mendapat 66%. Ya, Azwan & Faizal masing-masing dapat A dan B. Lulus keduanya. Subhanallah~ Walaupun di dalam kelas asyik berjalan ke sana ke mari seperti tidak menumpukan perhatian, hasilnya sangat membanggakan. Kanak-kanak lain ada yang tidak lulus. Hmmmm~ jangan melihat pada luaran. Kuasa minda & keupayaan akal impaknya sangat besar. Jangan salah menduga! Mereka ada potensi yang besar untuk berjaya. Perlu kena dengan gaya & keadaan.
Ya Allah, ku tidak akan sentiasa bersama mereka. Namun, untuk masa yang singkat bersama mereka cukup mengajarku supaya jangan sekali salah menduga. Ku mohon Ya Rabb, Kau limpahkan rahmatMU buat Faizal & Azwan, moga mereka sentiasa diiringi kejayaan walaupun latar belakang mereka tidak banyak membantu. Bukakanlah jalan kepada mereka untuk sentiasa dalam hidayahMU Ya Rabb, ameen~
p/s: Faizal menggalas beg biru di dalam gambar di atas. Comel. Maaf, tiada gambar Azwan untuk dititipkan di sini =(

Friday, October 22, 2010

Nikmat dunia

"Ni untuk mama tapi tak banyak sangat, RM200 ja. Mama jangan tengok pada nilai na sebab duit pencen mama lagi berganda-ganda dari apa yang kakak bagi ni"

"Eh, banyak sangat ni! Kakak ambil balik RM100 ni"

"Eh, tak pa...kakak memang nak bagi untuk mama banyak tu. Untuk kakak, gaji lepas-lepas ni ada lagi. Inshaa allah. Yang ni untuk mama ye"

Alhamdulillah, gaji sebagai guru sandaran dah masuk dalam bank. Tiada masalah yang timbul seperti khabar angin yang tersebar. Syukran buat Kak Syarifah & Kak Wahida yang uruskan perihal gaji. Moga Allah merahmati kalian, ameen~ Ya, jumlahnya tidak banyak lebih kurang RM850 untuk 21 hari bekerja. Memang menjadi niat untuk dikongsi bersama keluarga tersayang. Biar! Walaupun jumlahnya tidak mencapai 4 digit tapi ingin mencontohi sifat Allah yang Maha Pemurah (Ar-Rahman) & Maha Pemberi (Al-Wahhab).
RM200 = Abah
RM200 = Mama
RM100 = Abang
RM100 = Adik-adik
RM100 = Tok & Mak Su
RM 50 = Bahan bacaan & buku
RM 50 = Makan
RM 50 = Simpanan
Nikmat memberi sungguh indah. Ya, mengajar diri untuk memberi dan terus memberi. Sebahagian dari penerima itu telah banyak memberi sebelum ini & sebahagian lagi akan mencontohi sifat ini pula.
Ya Allah, ku mohon agar aku berkesempatan untuk terus memberi walau dalam apa juga cara samada kewangan, pertolongan dan lain-lain.
p/s 1: Hehe mungkin agak boros cara berbelanja di atas. Biarlah...dah lama niat untuk memberi. Ya, memberi dari sudut kewangan. This is my first experience! Alhamdulillah =)
p/s 2: Seronok dapat memberi. Memberi bukan mengurangkan. Setuju!


Thursday, October 14, 2010

Undangan istimewa

~Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah~

Entri kali ini khas sempena Istiadat Konvokesyen sidang ke-12 yang sedang berlangsung di perkarangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dari tarikh 13-17 Oktober 2010. 16 Oktober, counting the days rite now. Gambar sebelah sumbangan seorang sahabat UPSI, HYe Eda (facebook). Nice snap sis!

Tahniah buat semua graduan UPSI terutamanya daripada Fakulti Sains & Teknologi. Berakhir segala penat lelah, kesusahan, kepayahan suatu masa dahulu ya sahabat sahabiah sekalian. Segalanya terbayar dengan segulung ijazah yang bakal digenggam. Berbaloi. Alhamdulillah, tiada ucapan yang terbaik untuk diungkapkan tika ini. Allahuakbar!

Susahnya kita, sesaknya kita, sukarnya kita, sakitnya kita sepanjang 4 tahun lepas tiada yang lebih tahu melainkan dir
i sendiri & Allah. Ya, berharap agar ijazah yang diperoleh ini disertai dengan keberkatan dariNYA. Tanpa keberkatan, pekerjaan & gaji yang bakal diperoleh tiada makna malah memudaratkan. Nauzubillah~

Monolog dalaman

Syukur Alhamdulillah atas nikmat konvokesyen ini Ya Rabb. 4 tahun berulang alik ke Tanjong Malim dalam usaha mencari ilmu Allah. Segulung ijazah ini adalah untuk mama & abah yang telah merealisasikan impian anaknya ini untuk berjaya. Kalian telah membantuku mencari kejayaan itu, moga Allah membantu kalian di dunia hingga akhirat, inshaa allah.


Peringatan bersama
Buat semua graduan, ijazah itu amanah dari Allah. Peganglah amanah itu sebaiknya. Berfikir & bertindak seperti seorang graduan! Mulakan langkah pertama & terus istiqamah dengan sebaik mungkin. Dunia luar sangat mencabar. Be prepared!


Penghargaan

Terima kasih kepada semua yang pernah membantu diri ini sep
anjang 4 tahun di UPSI. Semua yang pernah wujud dalam kamus hidupku. Kepada sahabat yang pernah tumpangkan kereta untuk ke kuliah, pak cik pemandu bas kitaran sekitar kampus, prevet sapu (kereta sewa) yang sentiasa ada utk emergency case, pegawai di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), pembantu makmal di Jabatan Biologi yang sentiasa melayan kerenah kami setiap semester, guard UPSI yang sentiasa dengan senyuman di setiap pintu masuk kampus, cik-cik comel di semua kaunter pengurusan UPSI (Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Kewangan, Bahagian Akademik, Bahagian Pengijazahan), pihak Kolej Harun Aminurrashid yang sudi menerima penghuni ini selama 4 tahun setiap semester (8 sem). Kalau KHAR tidak sudi menerima pasti terpaksa menghuni di rumah sewa. Tidak lupa barisan pensyarah Fakulti Sains & Teknologi (FST) yang banyak membantu khususnya & semua pensyarah UPSI keseluruhannya. Tidak lupa, semua yang membantu dalam penghasilan tesisku di semester 7. Pengalaman yang sangat hebat & unik. Such an amazing experience! Telah terpahat ukiran kenangan yang sangat indah di sana, Bumi Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan. Tempat lahirnya bakal guru yang akan bertebaran di semua sekolah seluruh Malaysia. Kutitipkan secebis ukiran kenangan lalu, campus life =)


~Study mode~


~Keadaan meja study bila tiba exam week


~Hai budak kecil! Kamu dah berjaya dengan izin Allah sekarang.
Alhamdulillah, terus berjihad ya mujahidah setia~

~Terima kasih UPSI~

.::Saya suka berterima kasih::.

Hati berbicara sesuatu

Terasa sesak di dalam hati
Terasa jauh dariMu Ya Allah
Fikiran menerawang entah ke mana
Sibuk dengan dunia
Situasi ini tidak selesa!
Jadi bagaimana?
Kembali kepada fitrah asal. U-turn.
Ya Rabb, jangan Kau jauhkan aku dariMU
Pimpinlah aku, didiklah aku


"Apabila manusia ditimpa kemelaratan, manusia berdoa kepada Tuhannya dalam keadaan bersungguh-sungguh kembali kepadaNYA. Kemudian apabila diberi ruang mengecapi rahmat daripadaNYA, tiba-tiba satu golongan di kalangan mereka mempersekutukan Tuhan"
(Ar-Rum: 33)


Bila kesusahan, kesempitan, kemelaratan bersilih-ganti kamu bersujud!
Bila kesenangan, kelapangan, kenikmatan bertimpa-timpa kamu lalai!
Mana boleh begitu! Astaghfirullal'azim, aku lemah Ya Rabb.

Allah menguji samada kamu di situasi senang atau sukar. Jangan lalai. Beware.
Allah dah remind dalam Surah An-Nisa: 71
"Wahai orang-orang yang beriman, berjaga-jagalah kamu"

.::Muhasabah Mode::.

Wednesday, October 13, 2010

Ukiran kenangan SKSK~

Perkongsian dalam kereta sangat terkesan. Hanya berdua. Berbicara dari hati ke hati dengan seorang yang bergelar abah tidak dapat diungkapkan dengan aksara. Alhamdulillah~ Ya Rabb, Engkau kurniakanku seorang insan yang terbaik. Dari soal remeh temeh hingga ke soal rumah, kereta, kerjaya, semua diadun bersama dalam diskusi sepanjang perjalanan ke Sungai Petani.

Pesan abah:
Kita bekerja perlu dengan hati. Ikhlas. Kerja & tanggungjawab kita perlu jalankan dengan sebaiknya. Laksanakan apa sahaja yang diberi dengan senang hati. Jika tiada hati, kita tidak mampu melaksanakan sesuatu kerja dengan baik. Terbeban!

Saling membantu juga kunci dalam kerjaya seorang guru. Kadang-kala kita tidak perlu berkira dengan rakan sekerja. Kerja kita dah selesai, tiada salahnya kita bantu selesaikan tugas rakan lain.Mereka akan rasa dihargai. Menghargai agar dihargai.
Majlis paluan berundur~
~Banner buat yang dirai~

Dirancang teliti oleh guru-guru SK Sri Kulim. Hebat. Rapi. Besar-besaran. Belum pernah lagi ada majlis persaraan, dijalankan di sekolah sehari suntuk ditambah dengan jamuan suprise (makan tengah hari) di rumah cikgu yang diraikan. Disusuli pula dengan lawatan hebat ke Sabah nun jauh di Bumi Borneo selama 3 hari 2 malam beserta sambutan hari lahir yang ke 56.

Subhanallah~ Sungguh! Aku amat berterima kasih atas kenangan terakhir yang mereka ukirkan buat abah bagi meletakkan titik noktah dalam perjalanan kerjayanya. 9 Oktober 2010 merupakan tarikh istimewa buat abah. Mungkin abah adalah insan yg sememangnya istimewa buat mereka. May Allah showers HIS blessing towards us~ ameen.
Moga Allah limpahkan nikmat kesihatan, kesabaran, kekuatan buat abah hingga akhirat inshaa allah. Ku mohon Allah titipkan kekuatan, kesabaran, semangat, dedikasi, wibawa seperti abah untukku sambung perjuangannya sebagai insan bergelar guru.

Memetik ucapan Ust Mohsin di majlis paluan berundur:
Pak Din adalah Penolong Kanan Pentadbiran di SKSK tetapi cara beliau bekerja tidak seperti beliau berjawatan tinggi. Kita yang bekerja dengannya terlupa yang beliau adalah PK. Sifat mesranya, wibawanya, ramahnya dirasai oleh kita.
~Perarakan masuk bagi yang dirai~

~Band Sekolah mengalunkan lagu 'Jangan Tinggal Daku' semasa sesi bersalaman dengan pelajar SKSK~

Birthday~ 9th October 2010


Sajak nukilan Cikgu Suhaimi untuk abah sengaja kutitipkan disini:
Biarlah air itu mengalir...
Terpahat segala kenangan pada batu...

Selamat tinggal semua...
Selamat tinggal segala dan wadah...
Selamat tinggal sekolah!


p/s 1: Maaf, entri ini lewat dipos. Minggu tersebut sangat sesak dgn pelbagai urusan juga kekangan
~ such a hectic week =)
p/s 2: Abah dah boleh selalu dating dengan mama. Alhamdulillah~ pray for their happiness!

Sekadar selingan

Siapa kata Malaysia tiada musim? Malaysia memang ada banyak musimnya. Bila datang musimnya, memang ada di depan mata, memang terdengar di cuping telinga, lepas satu...satu yang datang. Apa musim yang ada di Malaysia ya? Hmmm...
Musim buah
~musim durian, musim rambutan, musim manggis
Musim iklim
~musim hujan, musim tengkujuh, musim panas
Musim kenduri kahwin
~selalunya cuti sekolah, penuh kad undangan dalam kotak surat, pelbagai juadah menanti
Musim ibu mengandung
~penuh hospital di Malaysia dengan ibu-ibu hinggakan tak cukup katil. Jika baby comel dah disahkan sihat, ibu dan baby dah dibenarkan pulang ke rumah
Musim tanah runtuh
~di sini tanahnya runtuh, disusuli pula di tempat lain
Musim kemalangan di jalan raya
~kalau libatkan bas, bulan tu bertimpa-timpa berita keluar berkenaan tentang kemalangan bas
~kalau libatkan kereta, bulan tu bersusun-susun berita di akhbar mengulas tentang kemalangan kereta
Kesimpulannya, memang banyak musim di Malaysia.
Apapun, segalanya qada' (ketentuan) dari Allah.
Sengaja berfikir mengaktifkan minda (activate the sense of humour)

p/s: Entri ini hanya selingan bukan niat untuk merasa seronok atas kesengsaraan orang lain, maaf~
Astaghfirullah

Tuesday, October 12, 2010

Bertindak segera

Jika digunakan sesuatu itu ke arah kebaikan, ia akan mendatangkan manfaat buat si pengguna. Sebaliknya juga mungkin berlaku. Internet: jika digunapakai dengan berhemah, pasti impak positif bakalan menyusul. Berdiskusi mampu membuka mata yang terpejam, membuka minda yang tertutup, membuka mulut yang membisu, membuka hati untuk menerima sesuatu yang baru. Setiap individu ada idea & pendapat masing-masing kerana kepelbagaian & variasi sumber ilmu diperoleh. Tidak salah untuk mendengar & mengetahuinya. Buka minda & berfikir. Allah suka hambanya yang berfikir.
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik (Surah Nahl: 125)
Katakanlah (wahai Muhammad) perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada dilangit dan di bumi. Dalam pada itu segala tanda dan bukti (Surah Yunus: 101)
Memetik satu persoalan yang ditimbulkan oleh seorang adik yang sedang mencari & mengenal cinta Allah:
Apa yg membuatkan akak selalu kaitkan hidup ni dgn agama?
Sukar untuk menerangkan secara jelas. Unik cara Allah mendidik hambanya. Kenapa unik? Kerana Allah adalah Tuhan, Pencipta Yang Terulung, Maha Berkuasa, Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang sesuai untuk si A & si B. Begitu juga Allah mendidik diri ini. Alhamdulillah, Allah memberi nikmat Islam sejak lahir. Jangan siakan. Mengenali Allah adalah suatu kewajipan sebagai seorang yang bergelar Muslim (beragama Islam). Bagaimana mengaku muslim tetapi tidak kenal siapa Allah? Jadi bagaimana sekarang? Terus belajar & mengkaji. Macam sukar bunyinya. When there is will, there is a way! Jika hati tidak mahu, disuruh menulis SATU perkataan dirasakan amat sukar, tetapi jika hati kata mahu...satu karangan hingga 5 muka surat penuh boleh disiapkan dengan senyuman!
Mahu tahu tentang kasut, jangan pula bertanyakan pada jurujual di gedung pakaian. Dia tidak tahu apa-apa tentang kasut!
Jika mahu mengenali Allah & agamaNYA, maka pergilah mencari di tempat yang sepatutnya seperti kuliah agama, ceramah agama, pengajian Al-Quran dan lain-lain yang berkaitan. Di sana kita mampu mengaitkan segalanya ttg agama. Ilmunya sangat istimewa. Ilmu si penceramah sangat tinggi. Sangat mengagumi ustaz ustazah. Moga ustaz ustazah di seluruh dunia terus kuat menyampaikan ilmu, inshaa allah. Mereka mampu menyampaikan ilmu dengan penuh hikmah. Jangan malu! Kenapa perlu malu? Sila...Allah menjemput & memberi hidayah pada hambanya yang istimewa. Siapa??! Kita! Ya, kita!

p/s 1: Harap menjawab persoalan kamu ya adikku...if not, do reply this entry. Ini entri kak yg terbaru khas buat kamu!
p/s 2: Jom, bertindak untuk mengenali & mencintai Allah!

~May Allah showers HIS blessing towards us, inshaa allah~
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers