Thursday, September 30, 2010

Sujud kepadaMU

Segala puji-pujian ku tujukan buatMu Ya Allah. Terima kasih atas nikmat yang dilapangkan buatku dan semua sahabat-sahabatku. Terima kasih buat mama dan abah yang selama ini membesarkan aku dengan segala daya. Inshaa allah dengan rezeki daripada Allah ini akan ku balas segala jasa kalian. Ya Allah, ku mohon dariMu agar meluaskan pintu rezekiku dan Kau makbulkan doaku. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Bersyukurlah wahai diri kerana Allah maha pemurah lagi maha penyayang.

p/s: wahai diri, jangan berkira dengan Allah kerana Allah selalu ada buatmu. Syukran kathir buat yang sudi memberi kekuatan & sokongan di saat temuduga berlangsung. Pengalaman yang mencabar & terkesan.

Saturday, September 4, 2010

Kisah Faizal & Azwan Episod 5

Apa kisahnya hari ini? Hari terakhir sebelum bercuti bagi sambutan Hari Raya Aidul Fitri 1431H bersamaan hari Khamis 2 September. Alhamdulillah, pembelajaran berlangsung seperti yang dirancang. 2 Mujahid makin aktif di hari terakhir persekolahan. Faizal sudah dapat dikawal. Alhamdulillah.
Hari ini hati Azwan pula bakal ditawan.
Inshaa allah, ku mohon bukakan hatinya Ya Rabb.
10 minit permulaan semua memberi tumpuan. Minit seterusnya semuanya sudah 'ke laut'. Sabar je la...
Senyum terukir.
"Sapa kata jadi cikgu ni senang?"
Lembaran kerja (worksheet) diedarkan kepada semua. Mereka teruja dengan gambar yang terlukis di lembaran itu.
"Semua dah dapat ke belum? Yang belum dapat ambil kat cikgu ni..."
Tiba-tiba Faizal mendekati.
"Cikgu, tolong saya...macamana nak buat ni cikgu..saya tak faham..."
"Ok..ok..macam ni...kamu bulatkan gambar yang buat aktiviti tolak dan tarik. Faizal pandai bulatkan tak?"
"OOo..bulatkan ja...macam ni kan cikgu?"
"Ha...betul..macam tu la.."
Subhanallah. Jika sebelum-sebelum ini, ayat yang keluar dari mulut Faizal: "Cikgu, tak payah buat boleh tak? Saya penat la cikgu". Kini telah berubah. Faizal orang pertama datang bertanya. Ya Allah, sungguh. Aku bergantung sepenuhnya kepadaMU dalam segala hal.

Azwan memandang di sisi. Mungkin faham tanpa bertanya. Beberapa minit kemudian, dia datang...
"Cikgu, macam ni kan?"
"Betul...macam tu la...Kelas, cepat jawab. Tengok, Azwan dah siap pun ni" Sengaja memuji.
"Mana buku tulis? Tampal dalam buku ye..."
"Ala...cikgu, buku saya takdak...saya takdak duit nak beli". Faham benar. Alasan biasa darinya. Dah di akhir tahun tiada buku? Tiada buku boleh menyebabkan guru menjadi marah. Sabar.
"La...mana pi pula buku kamu?" Otak ligat mencari idea bagi mengelakkan dia mengganggu kawan lain siapkan kerja. Tersengih Azwan.
"Ok, mai sini dekat cikgu. Kamu duduk sebelah ni tolong cikgu semak kerja kawan ni...jawapan ni betul tak?" Azwan bijak, petah berkata dan lancar membaca. Tidak seperti beberapa sahabat lain yang tidak pandai lagi membaca dengan lancar. Azwan makin akrab denganku.
"Baju raya Azwan warna apa?"
"Hmmm...warna kuning"
"Faizal, baju raya warna apa?"
"Baju saya warna biru cikgu, biru tua" Tersenyum memberi jawapan.
"Dapat duit raya tak?"
"Faizal dapat banyak cikgu!" kata Azwan.
"Ha...dapat duit raya, tak mahu beli mercun ye..." Sambil tangan mengusap kepala keduanya.
"Ok cikgu..."
Cuti 2 minggu. Moga kamu berdua baik-baik ye. Jangan main mercun. Ya Allah, peliharalah mereka & jauhkan mereka daripada bahaya dan bencana. Bersambung...

.::Teruskan tadhiyyah dalam proses tarbiyyah::.

Friday, September 3, 2010

Kisah Faizal & Azwan Episod 4

Melangkah ke kelas 2 Mujahid untuk kali ke seterusnya. Hati berharap moga Allah memudahkan setiap urusanku menjalankan proses tarbiyyah kepada mereka. Kelas pertama di awal pagi. Semua masih berpakaian kemas dan segak. Comel semuanya. Faizal juga. Sambil meletakkan buku di atas meja. Telinga terdengar perbualan Faizal dan Azwan.
"Cikgu, Faizal pakai kasut baru hari ni tapi dia tak reti ikat tali kasut ni..hahaaha"
Ngomel si sahabat sambil mengikat tali kasut Faizal yang duduk di atas kerusinya. Ketawa berselang-seli antara mereka. Faizal tersipu-sipu. Perlahan kakiku melangkah ke arah mereka.
"Ishhh..yang nak tolong ikat pun tak reti..camana nie...hehe terbuka talinya ni..."
Gurauku membalas ngomelan tadi.
"Mai sini cikgu ikatkan tali kasut kamu ye..."
Faizal yang masih duduk di atas kerusi sejak tadi malu-malu. Tanganku memegang tali kasut dan ikatnya dengan kemas. Faizal tersenyum. Comel. Anak yatim. Allahu akbar.
Bersambung...

.::Teruskan tadhiyyah dalam proses tarbiyyah
::.

Thursday, September 2, 2010

Kisah Faizal & Azwan Episod 3

Bulan Ramadhan semua berpuasa. Pelajar rata-ratanya bermain di bawah foyer bangunan. Waktu pengajaran Sains sebaik saja waktu rehat tamat. Dalam perjalanan menuju ke kelas 2 Mujahid, mata ternampak Faizal dari jauh. Hati berkata:
"Haa...itu kan budak yang berbual denganku pasal ayahnya yang baru meninggal tu. Dia nak lari la tu...". Bisik hati kecil.
Tapi, ramalan itu meleset 100%. Faizal datang menghampiri dan berkata:
"Cikgu, saya nak tolong bawa buku cikgu boleh tak?"
Subhanallah. Berbunga mekar hati ini. Dia yang masa kelas pertama sangat tidak menghormatiku sebagai guru. Cakap endah tak endah. Selepas berbual walaupun sekejap dalam kelas PSV, diberi sedikit perhatian walaupun tidak seberapa. Dia telah berubah sangat mendadak. All praises be to Allah. Bersambung...

.::Teruskan tadhiyyah dalam proses tarbiyyah
::.

Wednesday, September 1, 2010

Kisah Faizal & Azwan Episod 2

Melangkah masuk ke kelas 2 Mujahid untuk kali kedua. Pendidikan Seni Visual atau lebih mudah pelajar menyebutnya, PSV. Setelah mengenalpasti beberapa orang pelajar yang hyperactive semasa kelas sebelum ini, Alhamdulillah...kawalan kelas lebih baik berbanding sebelumnya. Kena tackle yang paling aktif tu dulu. Mereka melakukan sesuatu supaya kita marah. Perhatian. That's the main point. Ok. Cikgu akan bagi perhatian kepada kamu. Hope, you can give cooperation.

Faizal & Azwan. Mereka sangat
energetic. Sentiasa menjadi ketua dalam kebisingan yang berlaku di dalam kelas. Sepanjang kelas berlangsung. Alhamdulillah, everything was under controlled. Cuma Faizal & Azwan, keletah mereka makin menjadi. Mahukan perhatian. Saya ambil tindakan untuk berbual ketika mereka menyiapkan tugasan mewarna. Berbual tentang diri dan keluarga. Suaikenal.

Kali ini fokus pada kisah Faizal
. Dia comel walaupun sedikit comot kerana kemiskinan. Kecil ja budaknya.
Innocent. Talkative. Anak bongsu, mempunyai abang yang sudah bekerja. Ibunya bekerja di kantin manakala ayahnya baru meninggal dunia 1 Ramadhan yang lalu. Masih baru. Katanya disebabkan penyakit lelah dan jantung. Melihat dalam matanya tiada riak sedih atau hiba. Masih budak mungkin. Tiada perasaan yang wajar digambarkan ketika berkongsi. Kuatnya dia. Inshaa allah...moga Allah bantu dalam setiap urusan hidup kamu di dunia & akhirat ye Faizal. Selesai berbual. Tugas mewarnanya juga siap serentak. Tersenyum si Faizal. Bersambung...

.::Teruskan tadhiyyah dalam proses tarbiyyah::.

Kisah Faizal & Azwan

Melangkah masuk ke kelas 2 Mujahid, hati telah disetkan agar neutral tanpa meletakkan sebarang spekulasi awal tentang kelas ini. Biarlah seteruk mana pun pelajarnya, biarlah senakal mana pun mereka. Neutral. Selama 15 minit perkenalan. Senyuman tersungging di bibir. Hmmm...inilah pelajarnya. Alhamdulillah. Pelajarnya tidak ramai. Hanya 24 orang tetapi aktifnya mereka ibarat 48 orang. Berganda.
Moga Allah titipkan aku kesabaran dan kekuatan untuk mendidik mereka.
Mereka dahagakan perhatian dan ilmu.
Ya. Cikgu akan tolong kamu.
Saya tahu kamu pelajar yang baik.
Kita belajar sama-sama ye =)
Bukan mudah. Pelajar sekolah rendah di kelas agak ke belakang, fokus belajarnya hanya di 10 minit awal. Ya. Kamu perlu kuat wahai hati yang mengharap redha Allah. Be strong!
Hanya secebis butiran pengalaman yang ingin dikongsi sepanjang menjadi guru ganti. Inshaa allah jika ada kisah menarik, entri ini bakalan bersambung. Kisah Faizal & Azwan~

.::Teruskan tadhiyyah dalam proses tarbiyyah::.
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers