Wednesday, June 23, 2010

Jangan lupa buat U-turn

Mehnah. Hidup penuh dengan dugaan. Pilihan juga adalah bentuk-bentuk ujian Allah. Manusia terdedah dengan pelbagai bentuk ujian. Tidak mungkin tidak, kita akan tersilap dalam membuat pilihan kerana kita tidak tahu akibat pilihan yang di ambil itu.
Jangan ditanya kenapa kita diuji!
Watak kita a
dalah HAMBA
Jika hamba, sememangnya kita layak diuji Allah
Jika di lorong yang salah...
Andai tersalah membuat pilihan, jangan sedih untuk membuat pusingan balik (U-turn). Jangan jadi bodoh sombong. Sudah silap, tapi tidak mahu mengaku kesilapan. Menyedihkan. Orang lain tidak rugi apa-apa. Di persimpangan itu juga ada pilihan buat kita samada mahu teruskan perjalanan yang sudah sememangnya menyesatkan atau mahu membuat U-turn. The choice is yours. Allah mahu menguji kita. Back to HIM...
'Tidak mengapa la...xpa la...'
Perkataan yang membunuh! Ia kadangkala mampu membuatkan hati yang sesak menjadi tenang, hati yang lelah menjadi senang. Tet
api, ia parasit! Membunuh dalam diam. Perkataan itu menjauhkan hati dengan kebenaran. Elok hati runsing memikirkan kesalahan, kata itu datang menghalang. Aiiiihhhh.... hasutan Mr Tan (syaitan) sangat merimaskan. Jangan biarkan Mr Tan dan kuncunya berjaya menawan hati kita daripada balik kepada Maha Suci Tuhan, Ya Allah.

Andai tersilap...
Silap tidak bererti kalah
Silap tidak beerti lemah

Silap mengajar manusia mengenal diri dan Tuhan
Allah sedang berbicara dengan kita andai kita tersilap memilih. Kembali pada DIA. Belajar dari kesilapan. Ungkapan ulang kali didengar tapi sukar dipraktikkan. Susah tidak bermaksud mustahil. Ya, susah! Tapi kuatkan azam untuk mengaku kesilapan dan jangan ulangi. Dia Maha Pengampun. Mohon kekuatan dariNYA. Allah always be with us...have faith in HIM.

Siapa tahu selepas kembali pada DIA...DIA limpahkan nikmat yang tidak diduga...siapa tahu selepas membuat U-turn...DIA merancang sesuatu yang lebih baik buat kita. DIA maha mengetahui... Al-'alim.

Apa guna malu pada manusia lain? Mereka juga berwatakkan HAMBA. Jika di kondisi yang sama, mereka juga mungkin tersilap dalam memilih. Berfikirlah dengan akal dan minda bukan dengan nafsu yang mengelirukan. Dunia ini sementara. Umur akan bertambah mengikut detik jam yang berputar. Masa akan berlalu seperti air sungai. Tidak mampu disekat. Berlalu dan terus berlalu. Yang lepas, biarkan ia. Yang akan datang, pastikan tidak terbiar begitu sahaja.

Fikirlah wahai hati...
Fikirlah wahai akal...
Fikirlah wahai iman...
Pilihan ada untuk kamu...
Pilihlah yang terbaik...
The choice is yours
Inshaa allah~
(Mode: Muhasabah diri)

Tuesday, June 22, 2010

Bila merasai nikmat, bersyukurlah!

Situasi 1:
Saya: Anim, betul ka dapat masuk UPSI??
Anim: A'a...dapat UPSI. Surat tak sampai lg...semak guna sms ja
Saya: Ooo...anim tak berminat erk dgn kursus tu...hehe mak kata anim nak perbankan islam...betul?
Anim: Hmm...klu ikutkan mmg gitu la...tp apa boleh buat...kawan anim dpt perbankan islam kt UUM
Saya: Tak pa la...rezeki masing-masing...kita jadi cikgu sama-sama ye anim hehe ..............................................
Situasi 2:
Saya: Hana, dah buat semakan utk sambung belajar ka?
Hana: Hmmm...UPU belum keluar lg kak...tapi UPSI, hana tak dapat...sedih betul kak...hmmm..
Saya: Ya ka?? hmmm...mmg x dapat UPSI la ya...?
Hana: A'a...tapi hana minat sangat nk jadi cikgu...dr dulu lagi
Saya: Ya...akak tau...kalau ada rezeki hana buat rayuan ye...
Hana: Inshaa allah, hana tunggu keputusan UPU plak lepas ni...akak tolong doakan hana ya
Saya: Ya..moga allah lancarkan urusan hana, ameen. Jangan sedih ya....
..........................................
Dua situasi hampir sama
Peluang menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam mengejar redha Allah di dunia ini. Perjalanan setiap manusia berbeza. Tidak mungkin sama. Apa yang diharapkan jarang sekali diperolehi. Jika nikmat dikecapi, wajib untuk hati bersyukur.

Anim; mahukan yang lain, lain pula yang dapat. Hana; mahukan itu, tidak dapat pula! Ya! Tersirat di situ. Perancangan Allah sangat halus. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat setiap hambaNYA. Oleh itu, bila kita merasai nikmat, bersyukurlah! Jika belum nampak kebaikannya masa kini, masa akan datang pasti terserlah jua. Pasti ada hikm
ah takdir Allah yang tersirat. Bak kata orang, kalau kita tak dapat apa yang kita suka, kita kena suka apa yang kita dapat. Berusahalah mengejar redha Allah dalam apa jua keadaan.

Buat adik-adikku, Allah merancang sesuatu buat antunna. Jangan lupa, DIA maha halus dalam merancang. Terus bermujahadah dalam mengejar cita-cita kalian. Hanya DIA lebih mengetahui apa yang terbaik buat kalian. Stay strong lil sis!!!
Tahniah buat semua yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS =)

Tuesday, June 15, 2010

Pelita

Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya

Lagu & lirik oleh:LoQue
Hakcipta terpelihara:Pustaka Muzik Pancasona/Penerbitan Pancasona

Friday, June 4, 2010

Tepak sirih

Mabruk 'alaikum!
Ucapan tahniah buat kenalanku yang baru dan bakal mendirikan rumahtangga sepanjang cuti ini. Maaf tidak dapat hadir atas kekangan. Inshaa Allah, barakah dari Allah sangat bernilai. Moga Allah merahmati kehidupan baru kalian. Moga kalian berkekalan hingga ke akhir hayat dan bertemu semula di akhirat kelak.

Ucapan selamat pengantin baru buat:
Cikgu Rahimi dan pasangan (SMKPBG, Parit Buntar)
Nur Syafinaz dan pasangan (KL)
Mardhiah Hanum dan pasangan (Kelantan)
Laila dan pasangan (Sabah)
Farah Harun dan pasangan (Kulim)

Turut berharap supaya berkesempatan melalui perubahan hidup seperti kalian juga, inshaa Allah. Dedikasikan sebuah lagu istimewa daripada Maher Zain buat kalian,
Barak Allahu Lakuma.


Thursday, June 3, 2010

Wahai hati

Maksud hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam:
Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota. Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, ketahuilah itulah hati.”
Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim
Hingga kini aku kuat kerana DIA. Jika DIA redha, aku akan terus begini dan tetap bermujahadah menggapai hidayahNYA. Namun...
tegar hati ini hanya seketika
terkadang hati ini rapuh, letih!
letih dengan dunia yang penuh dengan tipu daya
letih dengan gangguan dan bisikan yang menggoda

letih dengan segala nikmat yang tersedia
letih dengan kelemahan diri yang menggugat
hinggakan...
hati ini tidak mampu bertahan

akal tidak mampu melawan
Kami tidak baik, tetapi kami tidak mahu buat jahat
Ya, aku juga manusia normal. Biasa seperti yang lain. Tidak mampu menanggung sesak yang merangkul hati dan diri. Terkadang, gangguan itu bisa ditepis dengan kemas. Terkadang, tidak. Lemah. Gangguan itu menyusahkan. Namun, ku tahu. Ia adalah kayu ukur bagi menguji di mana aku di sisiMU. Ya, aku dhoif. Kadangkala, aku tersasar dari jalan yang pasti.

Bila akal dan hati menyusun kata
bertahanlah wahai hati
'kau' sudah lama bertahan...ya, cukup lama!

jangan biarkan godaan itu mengganggu keyakinan yang 'kau' pegang selama ini

bertahanlah
hingga tercapai impian itu
jangan sekali 'kau' gundah

godaan itu hanya seketika

Yang Maha Mengetahui sentiasa ada
Pengharapan seorang hamba
Ya Rabb,
Engkau tahu segala apa di dalam hati hambaMU. Ku mohon Ya Rabb, titipkanlah kekuatan untukku terus bermujahadah dalam istiqamah keranaMU. Aku tahu dan percaya akan setiap janji-janjiMU. Moga kepercayaan dan keyakinan itu tetap utuh selagi iman menguasai segala. Inshaa allah.
Wahai hati-hati yang percaya pada janji-janji Allah...
tetapkanlah kepercayaan dan keyakinan kalian

jika tersasar dari jalan yang pasti

pusing semula dan balik ke jalan asal

kembalilah...jangan sombong untuk kembali

berusahalah

bermujahadahlah

jangan was-was

yakinlah sepenuhnya

DIA melihat tiap tadhiyyah (pengorbanan) kalian

kerana DIA Maha Mengetahui
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers