Wednesday, March 24, 2010

Kamu

Tuesday, March 23, 2010

Ingin dikenali, Ingin dihormati, Ingin disanjung tinggi


Tiba-tiba, otak ligat berfikir apabila sesuatu berlaku di depan mata. Seseorang yang mempunyai kedudukan atau pangkat yang tinggi dalam suatu organisasi sentiasa ingin dihormati, disanjung. Situasinya mudah! Dalam suatu majlis perasmian penutup, si ketua tiba awal sedikit dari masa yang sepatutnya. Sofa belum disediakan kerana ruang dewan masih digunakan untuk perlawanan peringkat daerah.
Hm....kenapa dia tak duduk atas kerusi sebelah dia berdiri tu? kan kosong je kerusi tu...owhhh...dia ketua XXX rupanya! Eh, kalau dia ketua XXX, takkan kerusi plastik pun tak boleh duduk? Tak layak mungkin...
Apabila memegang pangkat atau jawatan, seringkali riak menyelimuti segala. Fitrah insan memang begitu. Namun, abah pernah berkongsi denganku kira-kira sebulan yang lalu.
Bukannya susah nak hilangkan perasaan riak atau takbur dalam diri kita sebenarnya... Tetapkan dalam diri bahawa apa yang kita ada tu sebenarnya Allah yang bagi! Kalau Allah tak bagi, kita tak ada pun apa yang kita nak riakkan tu...
Betapa halusnya peribadi Khalifah Umar bin Khatab. Pemimpin yang bertanggungjawab dan sanggup berjalan malam dalam usaha menjalankan amanah yang diberi tanpa mengharapkan dia dikenali.

*p/s: Muhasabah diri semula. Jika kita memegang jawatan kelak, mungkin kita juga ingin dilayan,dihormati, disanjung seperti si ketua itu.

Wednesday, March 17, 2010

Ya Annisa'...


Sejarah mencatatkan kedatangan Islam melalui Nabi Muhammad s.a.w memberikan erti yang cukup besar dalam mengubah nasib dan pandangan terhadap wanita. Wanita pada zaman jahiliyah menerima layanan dan kedudukan yang begitu jelas menghina mereka. Bayi perempuan ditanam hidup-hidup sejurus dilahirkan sebagai tanda membawa kehinaan dan kenistaan sebagai mana dinyatakan di dalam al-Quran surah an-Nahl ayat 58. Dan akibatnya Allah menyebut:
“Apabila bayi-bayi perempuan ditanam hidup-hidup ditanya, kerana dosa apakah mereka dibunuh? [at-Takwir: 9]
Aku tidak pernah lupa pada sejarah itu. Islam sangat hebat! Islam is the best way of life. Alhamdulillah, aku bersama Islam yang sentiasa dalam rahmat Allah. Sesungguhnya, wanita memiliki kedudukan yang mulia dalam Islam. Namun, apabila dinaikkan martabat, jangan pula kamu sendiri merendahkan ia semula!
Lelaki dan wanita berbeza sifatnya
Jika sama, tiada indahnya
Kerana...
Allah ciptakan sesuatu tentu ada nilainya
Wanita...menyusahkan? Merunsingkan? Bukan hanya tentang perkahwinan atau nafsu semata tetapi lebih luas topik bicaranya. Kehidupan. We are unique individuals with unique experiences. Kita lupa akan ketidaksamaan antara lelaki dan wanita yang menyempurnakan sebuah kehidupan. Ciptalah kefahaman di antara keduanya dengan saling memahami. Terimalah kelemahan dan kekurangan yang ada. Memetik bait kata John Gray dalam bukunya:
'Men mistakenly expect women to think, communicate and respond the way men do; women mistakenly expect men to feel, communicate and respond the way women do'

Rujukan:
Islam Sentiasa Releven Membela Wanita oleh Nik Thaqif Nik Ibrahim
Men are from Mars, Women are from Venus oleh John Gray

Berfikir di luar kotak minda

Di suatu ketika dulu dalam perjalanan melihat kekuasaan Allah sekitar Malaysia, pernah berdialog dengan abah di tempat parkir kereta R&R.

"Abah, kenapa abah tak marah atau melenting pun kalau kakak dengan mama lambat keluar dari masjid? Perjalanan kita kan jauh lagi nak sampai ke Melaka..."

Abah diam.

"Hmm...kenapa pula nak marah...orang perempuan kan kena siap, lama la sikit...nak ambil air sembahyang kena buka tudung dulu, nak solat kena pakai telekung pulak...dah siap solat, nak pakai tudung balik...stokin lagi..semua tu bertujuan nak tutup aurat kan!"

"ooOoo...gitu ye..."

"Abah, abang, adik-adik lelaki yang tunggu ni bukan tunggu saja-saja...Insyaallah, kami pun dapat pahala sebab tunggu kakak dengan mama ikut perintah Allah"

Hatiku berbunga mekar mendengar pendapat abah. Tidak semua berfikir sebegitu.

"Ishh, asyik lambat je...ni kenapa lambat??! Solat pun lambat! Nak keluar pergi kedai pun lambat!"

Dialog di atas memang selalu di dengar tetapi bukan dari mulut abah. Alhamdulillah, moga Allah sentiasa merahmati abah dunia dan akhirat.

*Persoalan ditinggalkan di sini: Siapa wanita pada anda? ~
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers