Friday, February 26, 2010

Di sebalik air kolah

Abah berkongsi dan memberi melalui pengalaman dan ilmu daripada kelas pengajiannya setiap hujung minggu. Moga Allah sentiasa merahmati beliau.

"Kakak, nanti kalau kak ada peluang cubalah kak kaji molekul air dalam kolam di masjid. Macamana strukturnya, apa yang ada padanya. Air kolah di masjid bukan sembarangan air! Kenapa abah kata macam tu, kak?"

Abah lebih suka meninggalkan persoalan untuk kami adik beradik jawab sebelum diberi jawapan yang sebenar. Inkuiri.

"Ha! Sebab orang yang datang nak ambil wudu' akan guna air kolah, betul?"

"Betul, tapi itu lebih kepada mengeratkan ukhwah antara umat Islam di qariyah tu dan juga orang yang bermusafir. Apa lagi kehebatan air kolah di masjid?"

"Hm...." termenung seketika memikirkan jawapan kepada soalan abah.

"Air kolah di masjid ni bukan sembarangan sebab air ni 'mendengar' azan dan juga ayat-ayat Allah setiap kali waktu solat. Secara saintifiknya, kakak selidiklah..."

Mengimbau. Teringat satu kisah ajaib yang berlaku dengan izin Allah. 3 tahun lepas, doktor mengatakan ada katarak yang sedang mengganggu penglihatan abah di mata kiri. Kalau nak lakukan pembedahan, kena tunggu katarak menutup semua anak mata dengan kata lain katarak menjadi matang (tidak boleh melihat/buta) supaya lebih mudah dibuang. Komplikasi lebih tinggi sebab abah mengidap kencing manis. Subhanallah! Abah menerima dengan tenang. Katarak itu mengganggu terutama ketika memandu. Kesian abah.

Pelik. Setiap kali terjumpa masjid dalam perjalanan ke kampung atau menziarahi saudara, abah akan berhenti untuk solat sunat dan membasuh muka serta merendamkan matanya ke dalam air kolah. Kekadang, sengaja tidak menggunakan highway supaya dapat singgah di masjid. Walaupun perjalanan hampir tengah malam, abah akan berhenti di masjid jika keadaan mengizinkan. Situasi ini berlarutan.

Subhanallah! Doktor terkejut dengan pemeriksaan kesihatan abah selepas itu. Katanya, katarak abah dah hilang! Subhanallah. Kuasa Allah tiada tara. Syukur ke hadratNYA.
Bila Allah menyebut kun fayakun (jadilah maka terus terjadi)

Saturday, February 20, 2010

Aku diuji lagi...


Drama Nur Kasih pernah mendapat rating tertinggi di tv3. Sesiapa sahaja seperti diseru untuk menontonnya. Nur diuji dengan pelbagai ujian sebelum mendapat sesuatu yang sangat diharapkannya dalam sebuah kehidupan setelah berkahwin. Sedih, kecewa, sebak, hilang punca segalanya silih berganti.

Allah s.w.t menguji hambaNYA untuk menguji tahap iman dalam diri. Namun, segalanya berakhir dengan baik dan terbaik!
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta" (Al-Ankabut: 2-3)
Aku diuji...
Kenapa Allah s.w.t menguji hambaNYA? Allah s.w.t akan menguji sebelum Dia memberi sesuatu kelak. Subhanallah. Hidup diuji bertalu-talu ketika menerima keputusan abah supaya berpindah sekolah apabila mendapat keputusan cemerlang PMR 2002. Diri ini sentiasa bertanya kenapa harus berpindah ke sekolah agama negeri sedangkan aku berada di sekolah elit? Namun, aku menerima cadangan abah sebulat hati kerana aku tahu setiap cadangan ibu bapa adalah yang terbaik untuk anak-anak. Bukan mudah untuk sesuaikan diri di tempat asing, jauh dari keluarga, cara belajar yang 100% berbeza (lebih advance dari sekolah lama). Namun, aku sedar Allah s.w.t merancang sesuatu untuk aku.

Dulu. Itu dulu! Bila difikirkan kembali perjalanan hidupku. Subhanallah, selepas ujian-ujian tersebut diri ini terus dilimpahi nikmatNYA meneruskan ibadah dalam mencari ilmu Allah s.w.t. Pintu peluang sentiasa ada untukku, terbuka satu persatu. Sungguh! Betapa ujian dulu mengajar aku bersyukur dengan segalanya.
Rasulullah s.a.w. juga bersabda: "Sesungguhnya, jika Allah mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diuji. Andainya mereka redha dengan ujian tersebut, maka baginya keredhaan Allah.
Lembaran sejarah mengungkap kisah-kisah nabi yang sentiasa diuji Allah. Hidup manusia adalah ujian Allah samada kesenangan atau kepayahan. Allah menguji seseorang itu kerana Allah s.w.t mempunyai rahsianya tersendiri samada hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.
Mehnah hidup
untuk menginsafi hakikat diri
untuk muhasabah iman tersembunyi
untuk memperbaiki kelemahan di hati
untuk mengenali siapa Tuhan yang hakiki
~asrari

Saturday, February 13, 2010

Sedang 'bercinta'

Alhamdulillah....segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Masih ada ruang untuk menulis di sini lagi. 4 minggu berada di SMKPBG, penuh dengan pelbagai rasa. Setiap pagi, akal perlu bersedia untuk menerima apa saja yang bakal berlaku. Balik kepada tujuan asal. Pencarian redha Allah. Setiap hari ada saja yang berlaku. Kekadang tidak terduga oleh akal. Experience is the best teacher of life =)

Ya, diri ini sedang dilamun 'cinta'. Perasaan itu sedang dipupuk setelah disemai. Bukan mudah tapi bukan alasan untuk mengatakan sukar. Dengan siapa?? Hmmm....dengan pelajar form 1 RKA 1, 1 RKA 2 dan 4 Sains 2. Jika ada perasaan itu, mungkin lebih mudah untuk memberi. Memberi dengan ikhlas. Sungguh, mereka sentiasa dalam fikiran!
Apa yang diorang kena belajar minggu ni ye?
Nak buat aktiviti apa untuk diorang?
Minggu lepas dah ajar topik tu, minggu depan nak ajar apa plak ye?
Hari tu dah bagi teka-teki, minggu ni nak bagi apa plak ye?
Memang, aku sedang 'bercinta'! Ya Allah, bantulah aku untuk meneruskan perjuangan ini. Titipkan sedikit kasih buatku untuk aku salurkan kepada pelajar-pelajarku yang sangat mendambakan ilmu. Bimbinglah aku dalam memegang amanah yang diberi. Ameen.

Form 1 RKA 1 (sains):
Terdiri daripada pelajar selected, aliran agama. Keseluruhan mereka ok. Agak skema. Tak banyak mulut tapi bila laksanakan aktiviti, semua memberi kerjasama yang baik. Lepas ni, mungkin boleh buat aktiviti yang lebih menarik, insyaallah

Form 1 RKA 2 (sains):
Lebih kurang dengan 1 RKA 1, tapi pelajarnya lebih banyak mulut. Belum sempat suruh apa-apa lagi, dah ada yang bagi respon. Kita explain di hadapan, ada ja yang berbual. Tapi, biasalah...baru form 1, masih keanak-anakan. Nak main je...Mungkin lepas ni, teacher's explanation boleh dikurangkan tapi lebih kepada aktiviti.

Form 2 RKA 2 (sains):
very sporting students. Hanya ada 4 pelajar lelaki tapi semua beri kerjasama yang sangat baik. Very impressive! Lepas ini, lebih banyak group activity untuk kalian.

Form 4 Sains 2:
Biology's students. Not bad. Semua menunjukkan perasaan ingin belajar. Diorang dah tahu matlamat belajar selari dengan usia. Bila pelajar dah bersedia, guru pun kena bersedia. Lepas ni, perbincangan dalam kumpulan, presentation, games dan lain-lain akan diaplikasikan untuk kalian. No more teacher's explanation.

Alhamdulillah, pelajar-pelajar yang diamanahkan bukanlah dari kelas yang belakang. Diorang nak belajar...tapi mesti kena dengan cara dan gaya. Maknanya, cikgu dia la yang kena berusaha keras. Hmmmm......Tryin' to be creative? Bagaimana kamu ingin menjadi guru yang kreatif di dalam kelas? How to think out of the box? Create games? Insyaallah, have faith in Him. Allah always be with you, young muslim!
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers