Sunday, August 30, 2009

Nasi Tomato =)

"Hari ni dah berapa hari kita puasa abang?" tanya si ayah kepada anak sulungnya di meja makan. Beberapa minit lagi waktu maghrib akan masuk menandakan waktu berbuka untuk semua muslimin muslimat yang berpuasa seperti keluarga muslim ini juga. Ayah, ummi bersama tiga orang anak menunggu bersama di meja makan. Ummi sibuk ke kanan ke kiri dapur menyiapkan apa yang masih belum sempurna di matanya. Tidak dihiraukan letih berpuasa.

"ooOoo..hari ini dah masuk 8 hari kita puasa, ayah!" jawab si anak penuh riang walau letih berpuasa. Didikan yang baik untuk si anak menyebabkan ibadah puasa tidak rasa sebagai bebanan walau di usia yang terlalu muda, lingkungan 8 tahun.

"Alhamdulillah, jom kita berbuka!" sampuk ummi setelah azan dilaungkan dari masjid berhampiran.

اللهمّ لك صمنا وبك أمنّا وعلى رزقك أفطرنا برحمتك يا أرحم الرّاحمين

"Ameen..." Semua mengaminkan doa bersama.
Ummi menyerahkan kotak kurma untuk semua. Memang menjadi rutin kurma sebagai manisan pertama dijamah setelah berdoa.

"Wah...hari ini kita makan nasi tomato. Sedapnya...Jom kita ucap terima kasih pada ummi", si ayah bersuara.

"Terima kasih ummi!" serentak diucap oleh anak-anak.

"Iye..sama-sama", jawab ummi dengan senyuman. Hilang segala keletihan mendengar ucapan terima kasih daripada orang yang paling disayanginya.

........................

Sometimes, we forget to say thank you.
Credit to Ukhti Nor Zakiah for sharing every single things.

Thursday, August 27, 2009

Tawaran Istimewa buat semua !



Credit to my dear friend, Black sapien. Thank you for everythings =)

Tuesday, August 25, 2009

Tidak mengerti

Masjid itu ku lihat sungguh indah...
walau dari jarak yang agak jauh, ku dapat lihat binaannya yg sungguh unik...
walau dalam suasana malam, ku dapat lihat strukturnya yang berbeza...
kubahnya...menaranya...
bergemerlapan dihujani cahaya malam...
gembira dengan tersergamnya ia...
semua penghuni sekitar bersyukur dengannya...aku apatah lagi...
namun,
segalanya semakin kabur...
akhirnya hilang...
apa sebenarnya yang tersurat dan yang tersirat?
tidak mengerti hingga ke saat ini.

Monday, August 24, 2009

Ana bukan siapa siapa

ingin menulis sesuatu...tetapi keupayaan untuk melaksanakannya tiada.
Hanya kutitipkan doa buat keluarga dan semua sahabat moga kedatangan Ramadhan kali ini memberi sejuta kebahagiaan.
Ramadhan yang dirindui telah tiba. Jom raikan ia!

Saturday, August 15, 2009

Ahlan Ya Ramadhan

Sedar tak sedar Syaaban sedang melabuhkan tirainya dan kita bakal memasuki bulan penuh keberkatan. Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan usia kita untuk bertemu lagi dengan Ramadhan. Allah memberi peluang untuk kita bertaubat, menambah pahala dengan mencari rahsia Ramadhan. Al-Fatihah buat ahli keluarga, sahabat, serta semua umat Islam yang telah menemui Allah terlebih dahulu.

Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang ertinya :

"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."
Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

Rahsia Ramadhan,
peluang yang perlu direbut =)


1. Allah sediakan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Lailatul Qadr
2. diwajibkan kita berpuasa. Puasa adalah kekuatan kepada kita. Rasulullah SAW bersabda :

“Puasa itu adalah perisai bagi seseorang , selagi ia tidak mencerobohinya”
(H.R An Nasai)

3. menghidupkan malam-malam Ramadhan lebih-lebih lagi dengan menunaikan solat sunat tarawih. Firman Allah SWT :

“Sesungguhnya bangun malam untuk beribadat lebih kuat kesannya dan lebih tepat bacaannya“ (Q.S Al Muzammil 6)

4. balasan dan ganjaran amalan berganda-ganda sama ada wajib atau sunat
5. perjuangan yang memerlukan kesabaran. Hanya yang sabar mampu menghadapi cabaran dan berjaya mencapai cita-cita yang besar

6. kasih sayang , perpaduan dan persaudaraan adalah syarat untuk mencapai kejayaan


Jom, gunakan peluang yang Allah swt beri tahun ini, 1430H. Kita tidak tahu lagi sama ada kita diberi peluang untuk hidup pada Ramadhan tahun depan atau tidak.

Friday, August 7, 2009

Bila balik kampung =)

Apa aktiviti bila balik ke kampung? Jom...!!!

Biasa la...bila orang bandar balik kampung...tambah pula musim ikan banyak dalam parit, aktiviti paling best adalah memancing (dalam bahasa utara, mengail). Ikan yang banyak dapat, ikan puyu!

Semua excited bila dapat ikan, tengok-tengok dah penuh satu timba he...he...yang penatnya mama la sebab nak kena siang dan masak.

Aktiviti lain, bila dah mengail lepas tu mandi parit...dulu-dulu lagi best dari sekarang. Tapi, tak kisah...terjun je adik-adik tu...ada yang takut pacat...ada yang takut lintah =)

Kebetulan ada daging korban lebih, apa lagi...Jom bakar daging!!!

Banyak lagi yang dibuat kat kampung, cuma tak sempat nk tangkap gambar...kutip buah jambu, buah mempelam, main tuju kasut macam-macam lagi.

Miss the memories so much!!!

Sunday, August 2, 2009

Sanah Helwah ya Asrari =)

Sanah Helwah ya Asrari =)

Dengan lafaz Alhamdulillah, kupanjatkan kesyukuran padaMu ya Allah. Atas nikmat yang tidak mampu kusenaraikan satu persatu sehingga detik ini. Terima kasih atas kurniaanMu yang paling bernilai, mama dan abah. Individu yang paling kusayangi…yang telah memelihara, menjaga, mendidik, mengajar, menyayangi, mengasihi… segalanya yang telah mama dan abah korbankan sejak aku dilahirkan 2 Ogos 1987 yang lalu sehingga saat ini, 2 Ogos 2009.

Sungguh, jika ku ingin menyenaraikan apa yang telah kalian lakukan, tidak mampu… kerana tidak terhitung olehku! Sungguh, jika ku ingin membalas semula pengorbanan kalian, tidak mampu untukku melaksanakannya seperti yang telah kalian lakukan untukku!

Mama, Pn. Noor Kamaliah Ramli, terima kasih atas pengorbananmu mengandungkanku, melahirkanku, menyusukanku, membesarkanku, mendidikku sehingga aku menjadi seperti aku sekarang. Abah, En. Nordin Abd Ghani, terima kasih atas pengorbananmu membesarkanku, mendidikku, mengajarku, mengadakan segalanya untukku sehingga aku mampu kecapi apa yang aku miliki sekarang. Bukan mudah membesarkan anak perempuanmu ini, penuh dengan suka duka sejak dilahirkan. Hanya Allah yang tahu segalanya. Semoga kalian sentiasa dilindungi Allah…sentiasa saling menyayangi…diberi kesihatan yang baik untuk laksanakan ibadah…diberkati Allah di dunia hingga akhirat…amen. Aku tidak mampu untuk menjadi anak yang terbaik, tetapi akan berusaha menjadi yang terbaik. Aku tidak mahu menjadi anak yang menyebabkan ibu bapanya dimurkai Allah.

Ampunkan aku jika terkasar dalam kataku
maafkan aku jika tersasar dalam tingkahku

ampunkan aku jika terlampau dalam perbuatanku

maafkan aku jika tidak sedar akan khilafku.


*
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers